OOO

Sabtu, Disember 06, 2008

Sambal Daging


Asalnya nak buat daging dendeng...oleh kerana tahap kemalasan menebal..buatlah sambal daging aje....leceh sebenarnya nak buat dendeng ni...kena perap daging dulu..pastu rebus daging...kemudian kena tumbuk..goreng balik daging ni...buat sambal baru bubuh daging yang telah siap di goreng.

Bahan-bahan

1. 1 kilo daging lembut
2. 12 sudu makan cili kisar
3. 2 sudu makan pes tomato
4. 8 biji bawang merah - di goreng dulu
5. 6 biji bawang putih - di goreng dulu
6. 1 labu bawang besar - di goreng
7. 2 sudu makan jus asam limau kasturi-untuk perap daging
8. 2 biji bawang putih di tumbuk halus - untuk perap daging
9. 1 sudu teh jus asam jawa
10.1 biji bawang besar - hiris bulat
11.garam dan minyak secukupnya

Cara-cara

1. Daging di bersihkan dulu dan di potong nipis.
2. Perap daging dengan bawang putih yang telah di tumbuk dan jus limau kasturi.
3. Rebus sebentar daging tadi (kalau daging lembut sekejap aje rebus ye..kalau krg lembut..kena rebus lama sikit)
4. Goreng bawang kecil, bawang besar dan bawang putih.
5. Toskan dan tumbuk lumat..
6. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga naik minyak.
7. Masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
8. Tumis sehingga cili dan bawang masak baru. Masukkan pes tomato dan daging. Masukkan garam.
9. Masukkan air asam jawa dan biarkan sebentar. Rasa dahulu sebelum padam api.

2 ulasan:

  1. kak ina..daging dendeng ni menu wajib utk linn sekeluarga.... hehheh sedapnyer daging dendeng.. ni yg nak kedapor mkn nie.....

    BalasPadam
  2. sama tak resepi ciklinn dengan resepi akak...kalau lain bolehlah share..nak tenguk apa kelainannya dan boleh cuba buat...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...