Makanan ni memang kesukaan anak-anak akak..kalau buat sekilo pun tak cukup...sedap di makan panas-panas..lepas cicah pulak dengan cili sos campur mayonis...tapi kalau nak ikutkan tekak anak-anak ni..pengsan dibuatnya...buat ajelah dalam sekilo aje..
Bahan-bahan
1. Sotong 1 kilo - dibersihkan dan di perah asam limau kasturi. Cuci semula dan toskan kering.
2. Tepung gandum 1 cawan
3. Tepung jagung - 2 sudu besar
4. 1 camca teh serbuk kari daging
5. 1/2 sudu teh lada sulah/lada hitam
6. 1 biji telur - di pukul
7. minyak dan garam secukupnya
Cara-caranya
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, lada sulah dan garam.
2. Celup sotong dengan telur yang telah dipukul...salut dengan tepung dan masukkan kedalam minyak yang panas. Tunggu hingga kekuningan..bolehlah di angkat..sotong tak boleh lama..nanti keras kejung.....
3. Hidangkan segera...tu sebab kalau nak makan baru goreng....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan