OOO

Selasa, Disember 23, 2008

Udang Masam Manis


Sambal udang masam manis akak pandai-pandai aje buat..tak ikut resepi sesiapa pun...kalau nak di ikutkan resepi campak-campak ni yang sedap....betul tak.....

Bahan-bahan

1. 600gm udang -di buang kulit dan tinggal ekor aje
2. 6 biji bawang kecil - di tumbuk/kisar
3. 5 biji bawang putih-di tumbuk/kisar
4. 4 sudu makan cili kisar
5. 4 sudu makan cili sos
6. 2 sudu makan pes tomato
7. 1/2 sudu teh gula
8. 1 biji bawang besar - di hiris bulat
9. minyak, serbuk kunyit dan garam se cukupnya

Cara-cara
  • Bubuh serbuk kunyit dan garam keatas udang. Goreng sebentar.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan pula cili kisar dan biarkan cili masak dengan api sederhana. Masukkan garam.
  • Masukkan cili sos dan pes tomato dan kacau sebentar.
  • Masukkan juga gula, bawang besar dan juga udang.
  • Kacau biar sebati dan biarkan sebentar.
  • Bolehlah di angkat dan di hidangkan.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...