OOO

Khamis, Januari 08, 2009

Bangunan Sekolah Yang Tak Siap-Siap


Bila pergi kat rumah member-member cyber dia orang show anak-anak diaorang gi hari pertama ke sekolah...jelouslahah akak...walaupun si imran dah masuk darjah 2... akak kena jugak hantar dia ke sekolah..nak tenguk kat mana kelas dia dan nak berkenalan dengan guru dia...pastu nak gi bayar yuran persekolahan...bila di campur yuran, buku sekolah agama, buku tulis, kasut, pakaian dan peralatan sekolah mau dekat RM500.00 seorang....makin kempislah poket suami akak....nasib baik dapat bonus.....


Ingatkan bila dah mula sekolah ni dapatlah merasa bangunan baru...rupanya masih tak siap-siap lagi...bangunan sebelah kanan tu dah mula buat dari hujung tahun 2007 lagi...yang sebelah kiri baru mula pertengahan tahun 2008....kecian murid-murid...tak merasa lagi nak duduk kat bangunan baru...sebenarnya sejak pemerintah negeri selangor di ambil alih....projek ni sekejap jalan...sekejap berhenti...masa akak gi hari isnin tak ada orang kerja...mesti tertangguh lagi......

Sorrylah gelap pulak gambar ni.....bangunan hijau ni surau....murid-murid nak main pun tak ada tempat....kena pagar....sebenarnya dulu sekolah ni sekolah agama biasa aje....setelah di naikkan taraf menjadi sekolah rendah agama integrasi...barulah di bina bangunan tambahan...akak memang tak puas hati....rasanya nak panggil KARAM SINGH WALIA DARI TV 3 buat pendedahan.....takut pulak nanti kena saman....alahai janganlah sampai penghujung tahun 2009 projek ni masih tak siap lagi.....

Nilah kelas sementara 2 Miwarna....tenguk keadaan kelas memanglah okey....tapi ni kat bangunan sementara tau......muka imran monyok aje...al maklumlah hari pertama...

Awek banyaklah pulak tahun ni kat kelas imran...jika projek siap...merasalah anak-anak ni kelas baru.....

8 ulasan:

  1. amboi...k.ina ... siap nak panggil karam singh walia lagi...kelasss gitu..he..he

    BalasPadam
  2. Dah winduuuu dgn karam singh walia...huhuhuhu

    BalasPadam
  3. sktpp pun buat bangunan baru gak. dah siap. abang yang (tahun 4) kata kelas dia akan pindah ke bangunan baru tu next week. rasanya start pembinaan awal tahun lepas... nak panggil ksw? leh gak, mesti lepas 1 bulan semua dah siap...

    BalasPadam
  4. sek agama ker???? sikitnyer budak...skool kita 1 kelas jejak 70 murid..bygkan cikgu kecik ni masuk kelas yg full huhuhuhuh..nk wat mcmana..murid ramai sekolah tak muat..tu pon surau dh bukak tuk kelas..emmm ginilah nasib skool agama..perhatian dr pihak 'atasan' amat2lah kureng..parents mengeluh cikgu lg tension bila keadaan begini

    BalasPadam
  5. salam qistina's...dah geram tau...kamu tak tenguk yang lain..akak ni hari-hari gi hantar dan jemput imran ni..jadi akak tahulah samada projek ni jalan ataupun tidak..

    BalasPadam
  6. salam reenaz...rindu dengan kehandsomean dia atau rindu dengan pantun merapu dia tu..ha..ha..ha..

    BalasPadam
  7. salam azita...yang hairannya bangunan tambahan kat sekolah menengah berhampiran tu yang mula lambat dah siap...yang ni tak siap-siap lagi..

    BalasPadam
  8. salam azie..nak buat macammana ..dah memang mereka anggap sekolah agama ni macam tu...la..keciannya..boleh demam akak kalau mengajar anak murid banyak tu....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...