Hari Khamis tak kemana-mana pasal cik abang dah balik....punyalah penat cik abang tu ....ashik tidur aje sepanjang hari...bangun makan...solat..pastu tidur balik sampai ke petang..
Hari Jumaat akak bawa ira gi orientasi tingkatan satu kat smk putri wilayah...keluar 7.45 pagi dari rumah....jalan kat setapak jem....sampai kat situ nak dekat pukul 8.30 pagi...nasib baik belum mula....murid berbaris ikut kelas dan duduk di depan guru...lepas pengetua berucap...giliran guru-guru yang lain pulak...lama jugak mendengar cerita-ceriti cikgu-cikgu tu..masa tu jugak akak beli buku tulis dan alatan persekolahan..
cikgu yang berdiri di tepi sekali...guru tingkatan ira...murid-murid khusyuk dengar penerangan dari guru-guru...lepas tu pergi pulak ke kelas masing-masing nak serah borang dan kemudian ke pejabat pulak nak ambil senarai keperluan asrama...masa kat pejabat tu...kecoh sikit..ada parents yang bengang kerana anak mereka tak dapat duduk asrama kerana rumah mereka agak jauh...yelah ada yang duduk di bandar baru sungai buluh...takkan nak berulang alik ke sekolah tersebut..tapi penolong hal ehwal pelajar (pkhm) tak boleh buat apa-apa...jabatan yang uruskan benda ni semua...jadi beliau suruh ibubapa yang tak dapat asrama isi borang rayuan...untuk pelajar baru..tingkatan satu kekosongan katil cuma ada dalam 30 aje...jadi tergantung kepada first come first serve...pkhm suruh datang hari ahad masa pendaftaran pelajar baru di asrama..
habis segala urusan dah pukul 12.00 tengahari...kat situ parking susah..kalau letak kereta tak tentu arah kena saman...suruh russhdi bawak balik kereta...nanti dah sudah akak call....
ira tengah kebosanan tunggu abang dia datang.
sampai kat rumah terpaksalah masak.....masak sambal sardin, sop sayur dan goreng ikan.
petang keluar lagi ke greenwood cari kain dalam....ini baru tau pagi tadi...cikgu suruh semua murid pakai kain dalam..kalau tidak kena tindakan disiplin, tudung beli lagi satu dan sepasang kasut hitam...tambahan barang keperluan asrama yang perlu di beli...akak belikan juga biskut dan benda-benda yang ira nak kunyah masa duduk kat asrama nanti.....mak datuk...laju betul duit keluar minggu ni....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan