OOO

Isnin, Januari 12, 2009

Nak suruh ira pergi ke tidak??

Akak tengah berada di alam persimpangan ni...

petang tadi ustazah tempat athirah belajar dulu call...suruh ambil surat tawaran ke sekolah agama menengah rawang....ira di tawarkan ke sekolah tu pulak....

akak pun sibuklah bertanya dengan guru-guru kat sekolah imran dan ustazah yang pernah mengajar ira di sekolah agama dulu...katanya kat sini semua aliran agama...pakai baju kurung yang ada cekak kat tangan...tudung bulat labuh....mereka kata sekolah ni okey...bagus dari kelas aliran agama...pastu ramai lagi yang nak masuk ke sekolah tu tapi tak dapat...

kebetulan masa ambil surat tawaran kat sekolah agama tu terjumpalah pulak seorang ibu yang juga mengambil surat tawaran tu...akak berbual-bual dengan dia...memang anak dia nak masuk ke sekolah tersebut..dia memang dah buat surat rayuan pasal anak dia nak masuk ke sekolah tu....pasal abang dan kakak dia pun sekolah kat situ...kebetulan dia kenal si athirah..satu kelas lagi...kata mak kawan ira tu.. gred pmr dan spm pun tinggi jugak...lepas tu masa tingkatan empat ada ambil paper dari al azhar mesir...kalau lulus boleh gi ke situ...nantilah akak gi sekolah tu esok...nak tenguk keadaan dia...

tadi call suami akak suruh tanya dia di sekolah..terperanjat jugak dia bila ayah dia tunggu kat luar sekolah......dia kata nak fikir dulu...sekarang ni 50-50...nanti malam dia call bagi keputusan..
masalahnya semua kena beli baru....baju kurung dan kain..pasal kat sana kain sekolah warna hijau....nanti ira call malam ni bagi keputusan...akak kena cepat pasal pendaftaran hari rabu...
kalau setakat nak beli baju baru tak kisah...duit boleh cari...sekarang ni bergantung kepada ira aje....

sape-sape yang tahu tentang sekolah menengah agama rawang ni boleh bagi info tak????sebelum hari esok...

4 ulasan:

  1. k.ina, kita sbg ibubapa ni mmg nak kan yg paling terbaik utk anak, kan? tpai kengkadang kita berada dipersimpangan mcm k.ina ni. saya x tau pasal sekolah tu tapi walau dimana pun anak2 kita belajar, semuanya bergantung kpd anak2 tu sendiri. kalau blaja kat sekolah plg baik pun tapi anak2 tu sendiri x nak berusaha, tak guna gak rasanya. yg penting, ilmu dan pelajaran yg mereka dapat...wallahualam.

    BalasPadam
  2. Kak..sekolah tu betul2 kat umah ai kak (x smp pon 5 minit dr umah). Tp tulah, aku tak tau apa2 psl sekolah tu. yg ai tau sekolah tu mmg bagus. Bukan senang nk dapat belajar kt situ... ;) murah tul rezeki si ira.

    BalasPadam
  3. salam ita...masalahnya anak-anak ni tak faham yang ibubapa nak mereka berjaya di dunia dan di akhirat...mcm ira ni...dia suka berkawan...suka berym dan suka menari..jadi akak terpaksa masukkan dia ke sekolah berasrama...takut nanti dia terpesong...kat sekolah ni katanya disiplin lebih ketat dari sekolah lama...tak tahulah dia tahan ke tidak?

    BalasPadam
  4. salam ai...memang berderet mak bapak yang tunggu sape yang tak nak pergi..si ira ni aje yang tak nak...geram betul akak..terpaksalah akak gunakan kuasa se orang ibu...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...