OOO

Jumaat, Februari 20, 2009

Asam rebus ikan pelaling

Kalau malas masak akak suka masak ni...senang di masak...cepat di makan....bila tekak rasa tak lalu makan pun akak suka masak macam ni...yang bagusnya tak payah pakai minyak...ada yang panggil masak singgang kot...sebenarnya tumbuk pakai batu tumbuk lagi sedap..kalau malas masuk aje dalam blender...tapi bawang dan ikan bilis berserta belacan eloklah ditumbuk...cuma kisar cili hidup aje...
Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan kembung atau ikan pelaling
  • 4 biji cili merah-buang biji*
  • sedikit ikan bilis*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • air ikut keperluan
  • air asam jawa-terpulang pada tukang masak..nak banyak atau sedikit
  • 5 batang bendi-kalau banyak lagi best
Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *.
2. Siang ikan dan toskan.
3. Masukkan semua bahan yang telah lumat ke dalam periuk dan masukkan air.

4. Hidupkan api dan biarkan mendidih.

5. Masukkan ikan, air asam jawa berserta garam.

6. Bila mendidih masukkan bendi yang telah dibuang hujungnya.
7. Rasa cukup garam dan asam barulah di padam ap
i.

7 ulasan:

  1. ooo..akk guna cili merah ye? ai guna cili kering. esok nk masak ni le. sedap kalau makan time2 tak sihat ni..sllluurpppp gitu!

    BalasPadam
  2. haitsss..... sedapnyer...nak brendii tu sikit kak.....

    BalasPadam
  3. sy pun suka masak camni, mak sy kalau buat ni dia taruk tempoyak, lg terangkat..
    kak ina..psstt ikan pelaling tu ikan apa eh? sy ni tak berapa kenal ikan, makan je tau..haahaa.

    BalasPadam
  4. salam ai...memang tak pernah guna cili kering...memang sedap kalau tekak rasa tak sihat....

    BalasPadam
  5. salam ciklinn...akak pun hantu bendi mcm kamu..suka bubuh banyak-banyak..

    BalasPadam
  6. salam zaiy..pelaling tu mcm ikan kembung tapi kecil sikit dan badan dia leper...

    BalasPadam
  7. Salam.. nak cuba resepi nak. Suamai suke mkn singgang.. pastu ikan nanti colek2budu. =)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...