OOO

Rabu, Februari 11, 2009

Bubur Nasi


Sekali-kali buat bubur nasi buat sarapan pun sedap jugak...kadang-kadang buntu nak fikirkan apa yang nak bagi anak-anak dan suami makan bila tiba hari cuti...nak kata sama dengan bubur nasi mcd tu tak lah...tapi ada sikit-sikit yang sama...mungkin dia ada bubuh minyak bijan kot...kat rumah ni tak pernah msk minyak bijan ni....

Bahan-bahan
  • 1 cawan beras-direndam 1-2 jam
  • 1 inci halia-dihiris
  • 2 keping dada ayam
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 kuib pati ayam maggi-pilihan
  • garam dan air secukupnya
  • sedikit minyak bijan-akak tak letak
Bahan untuk taburan
  • ikan bilis
  • cili merah-dihiris halus
  • 1 biji bawang besar-dipotong bulat
  • minyak secukupnya
  • 1 biji bawang besar
  • kacang tanah
  • cili merah-dihiris halus
  • daun sup/daun bawang-dihiris halus
  • 4 biji bawang kecil-dihiris dan di bubuh garam lalu di goreng ataupun gunakan bawang goreng segera.
  • telur masin direbus atau pun di goreng hancur-akak tak buat sebab tak ada stok.
Cara-cara

1. Masukkan beras ke dalam 3/4 cawan air dan renihkan bersama isi ayam.
2. Masukkan juga halia dan bawang putih yang di hiris bersama lada hitam dan lada sulah.

3. Biarkan semua bahan merenih selama 1 jam dan masukkan kiub ayam maggi tadi.

4. Keluarkan isi ayam dan tambahkan air lagi ke dalam bubur nasi bergantung kepada tuan punya diri samada nak cair ataupun pekat.

5. Sementara itu ikan bilis bersama cili merah dan bawang besar yang telah dihiris. Toskan.

6. Perasakan garam dan bubuh sedikit minyak bijan lepas tu bolehlah di padam api.

7. Siat-siatkan ayam tadi.
8. Boleh ditaburkan bawang sup/bawang dan bawang goreng pastu ayam yang telah di siat, ikan bilis, telur masin dan kacang tanah.
9. Sedap di makan panas-panas.

10 ulasan:

  1. haitssss sedapnyer....... linn tgok akak hapdet letak food terusss terbang ke sini tau...

    BalasPadam
  2. di petang yg panas dan tekak yg sakit ni, kalau dpt makan bubur nasi, alangkah sedapnya...

    tengahari ni lunch dgn roti je.

    BalasPadam
  3. Salam Kak.ina,

    Alahai wat bubur eh.. sedap nya dengan cuaca yg panas nie syiok tau...ada lagi ke Kita nak mai dgn mangkuk nie...hehehehe

    BalasPadam
  4. area trg panggil nasi air...sedap nih...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum sis,terima kasih krn sudi singgah diruang makteh.makteh panggil ni nasi air...mmg fav keluarga pun...makteh x masukkan minyak bijan juga,sbb ada 2/3 org hero makteh x thn ngan baunye.salam perkenalan.jumpa lagi ya.

    BalasPadam
  6. salam ciklinn....amboi bagusnya peminat setia akak ni..terima kasih bebanyak ye linn...




    salam kak chik....tengah diet ke...kalau tekak tak sedap atau pun demam memang bagus buat bubur nasi ni..

    BalasPadam
  7. salam mamaella....ala..setakat bubur nasi...semua orang boleh buat kan..

    BalasPadam
  8. salam aishah...org belah pantai timur panggil nasi air.kan....tulah dulu mula-mula pelik juga bila mendengarnya..

    BalasPadam
  9. salam mak teh...entahlah kenapa mereka tak suka bau minyak bijan tu..agaknya kalau bubuh tentu mereka tak nak makan nanti..

    BalasPadam
  10. haishhh sedapnye akak...terliur sudaaa nie...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...