OOO

Khamis, Februari 05, 2009

Kari Kepala Ikan (Indian Style)


Masa jalan-jalan kat rumah mak lang azie..akak tertarik pula dengan kari kepala ikan (indian style) yang dia masak..tenguk tang bahan ada bahan yang tak pernah akak masukkan bila masak kari kepala ikan ni...tulah nak mencuba.....mak lang azie ambil dari niceghost...akak c & p aje..minta maaflah tuan umah ye..



Bahan-bahannya
  • 1.5 kg kepala ikan-akak guna kepala ikan jenahak
  • 50 gm asam jawa di bancuh dgn
  • 3 cawan air
  • 3 sudu makan serbuk cili
  • 1 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 tin susu cair-akak tukar ke santan
  • 5 biji bendi
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili hidup di belah dua-akak tambah
  • Minyak masak & garam

Bahan A

  • 2 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • Sedikit daun kari , kulit kayu manis & bunga lawang

Bahan B
  • 4 ulas bawang putih di mayang
  • 3 ulas bawang merah di mayang
  • 5 sm halia
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan jintan manis 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam di bancuh dgn 2 sudu makan air panas
  • 150 gm kelapa parut (putih sahaja. Di goreng sekejap dan di tumbuk kasar)-ni yang buat lain dari cara akak masak.

Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak dlm kuali. Tumiskan bahan (A).
2. Masukkan bahan (B), serbuk kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari dan serbuk cili.
3. Tuangkan air asam jawa dan di kacau rata. Apabila mendidih, masukkan kepala ikan, bendi, tomato dan garam. Kecilkan api dan masak lagi selama 10 minit.

4 ulasan:

  1. sedapnye kari kepala ikan tu k.ina...

    BalasPadam
  2. salam...mailah rumah kalau nak rasa..takut nanti dah rasa kata pulak tak sedap..

    BalasPadam
  3. salam qistina...nak jemput datang rumah kamu duduk jauh bebeno...nanti cubalah buat ye ...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...