OOO

Jumaat, Februari 06, 2009

Peach Crumble Cheesecake


Dah lama tak buat cheesecake...bila gi jejalan kat rumah orang yang rajin membaking ..terjumpalah pulak cheesecake ni..memang tak pernah buat lagi cheesecake macam ni...stok cream cheese masih banyak..jadi akak suruh anak dara akak buat....tapi akak lupa pulak ambil kat umah sape...sorrylah tuan punya resepi...

Bahan-Bahan Base
  • 250gm biskut marie
  • 120gm mentega di cairkan
Cara-cara

1. Kisar biskut marie sehingga halus dan masukkan mentega cair sedikit demi sedikit.
2. Masukkan ke dalam spring form pan dan yang telah di alas dengan aluminium foil .

Bahan Untuk Filing
  • 500gm krim keju(cream cheese)-lembutkan pada suhu bilik
  • 100gm gula castor
  • 3 biji telur gred B
  • 250ml whipping cream
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 8-9 kepingan buah peach yang telah ditoskan.
Bahan untuk top crumble
  • 70gm mentega lembut
  • 40gm gula castor
  • 250gm tepung gandum
Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan crumble sehingga menjadi crumb
2. Tabur dia atas kek.

Cara-caranya

1. Putar krim keju bersama gula castor sehingga sebati dan gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
3. Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung dan biarkan ia sebati.
5. Panaskan oven sehingga pada suhu 160'C.
6. Susun kepingan buah peach di atas base yang telah disejukkan.
7. Tuangkan adunan cream cheese tadi. Taburkan bahan crumble diatas adunan cream cheese.
8. Bakar secara 'bain marie' selama 1 jam 20 minit bergantung kepada oven masing-masing.
9. Setelah masak biarkan di dalam oven selama beberapa jam sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. Keesokkan hari barulah di potong.



2 ulasan:

  1. sedapnyer...nyumm..nyum...akak memang rajin mencuba ek resipi..
    seronok baca akaknyer blog..

    BalasPadam
  2. salam da8300..dulu tak minat memasak tau masa bekerja..penat...skrg dah jadi fulltime house barulah boleh cuba mcm-mcm resepi...terima kasih sudi dtg ke rumah akak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...