OOO

Rabu, Februari 18, 2009

Telur Goreng Cencaluk @ Ah Mat Gebu


Ambil resepi telur goreng cencaluk @ ah mat gebu..dari http://tiffinbiru.blogspot.com/ .saje nak rasa ada perbezaaan dia tak....oleh kerana dia letak cencaluk...abah akak orang melaka..jadi cencaluk tu menjadi sajian yang tak boleh di tinggalkan. Anak-anak pun menurut jugak tekak abah akak ni..tapi tak boleh makan selalu...naik nanti darah tinggi akak...terima kasih ye ah mat gebu...akak....kamu ni memang kreatiflah...maaflah ye ah mat gebu....akak malas nak taip...jadi c & p ajelah..

Bahan-bahan:-

  • 3 biji telur gred A
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 tangkai kacang panjang, hiris halus-akak tak letak
  • 4 - 5 biji cili padi, hiris halus
  • 6 tangaki daun kucai, hiris halus
  • 1 pokok kecil daun sup, hiris halus
  • 2 camca besar cencalok, toskan dan perah sedikit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan tadi bersama telur, kacau dengan garfu sehingga semua bergaul sebati. Panaskan minyak dalam "non-stick pan", dan tuang bancuhan telur. Tutup permukaan frying pan dengan tudung periuk. Masak guna api sederhana.
  2. Bila permukaan telur kelihatan kering, dengan berhati2, terbalikkan telur dan masak hingga kedua2 permukaan garing dan kuning keemasan. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan....

2 ulasan:

  1. Kak, kalau ai msk telo dadar camni kan? musti aku hangin je ngan anak2 aku tu. dowang ni takleh tengpk benda asing. musti nk suroh aku korek buang! isk!

    BalasPadam
  2. salam ai...samalah dengan anak akak..kalau telur dadar bubur garam aje...yang ni buat akak dan suami..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...