OOO

Jumaat, Mac 06, 2009

Butter Prawn

Bila makan kat luar prawn butter..... harga dia mahal teramat sangat...jadi akak jarang order...pergi ke rumah qistinas. di http://qistinas.blogspot.com/tenguk macam senang aje nak masak dia....resepi asal dari rumah Casa Qusais Nor yang asalnya dari Sudipkayu_Nita ..terima kasih semua diatas resepi yang sedap ni...

Bahan-bahan
  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
* i tambah sedikit serbuk kari

Cara-cara:
  1. Lumur udang dgn serbuk kunyit & garam. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  4. Sementara tu, kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang acuan roti jala (telur kuning) ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2.
  5. Bila dah selesai, angkat telur tu dan toskan tapis utk membuang minyak berlebihan.
  6. Kemudian campurkan udang dan telur tadi... dah hidangkan.

2 ulasan:

  1. oooooooo..camni ke msk butter prawn..ingat susah beno. bila mkn kt luar, mahal nk mampos lak kan?

    BalasPadam
  2. salam ai...senang aje nak buat..lain kali tak payah order dari luar..sebenarnya ada 2 cara..nanti akak nak try yang lagi satu..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...