OOO

Isnin, Mac 16, 2009

DAUGHTER VS MOTHER

KEK MARBLE TRIO

Adik akak Shah Alam tempah kek dari akak...dia nak hari Sabtu lepas.....akak cadang nak buat kek marble...bila tengah buat si imran kata untuk rumah tak ada ke? Kesianlah pulak bila mendengarnya...jadi akak ajak yana lawan buat kek ..nak tahu yang mana paling best dan paling lawa? Jadi YANA pilih nak buat KEK MARBLE TRIO..akak pulak KEK MARBLE...Kamu semua tenguklah sape punya yang paling lawa ye? Dua-dua resepi kek di ambil dari resepi dari rumah Chef Ah Mat Gebu...dari DAPUR TANPA SEMPADAN...maaf ye cik mat akak c & p aje...



BAHAN-BAHANNYA:-


  • 300 g mentega
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)
  • 5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
  • 250 g gula halus-lain kali kena kurangkan sikit pasal rasanya manis sesangat. Tapi anak akak kata okeylah pulak.
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g gliserin-tukar ke whip cream
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1/2 camca teh strawberry emulco- akak gunakan pewarna merah aje
  • 1 camca teh chocolate emulco-tukar ke pewarna hijau


Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar akak guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5. Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.



****************************************************************************************

KEK MARBLE



Yang ni akak buat ...namanya kek marble...ambil dari rumah chef ah mat gebu jugak...cik mat ambil dari buku "Cake Talk" oleh "Wendy Kor". Akak potong sikit pasal nak ambil gambar...lepas tu letak balik...orang order tak berani nak rasa...tapi mak cakap sedap yang ni...buat pada hari sabtu jugak..untuk adik di shah alam.


BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 240 g unsalted butter
  • 10 g ovallate
  • 4 biji telur gred A
  • 220 g gula halus
  • 240 g tepung halus (mat guna tepung gandum)*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
  • 60 ml susu segar
  • 1 camca teh esev vanilla
  • 20 g serbuk koko
  • 20 ml air suam
  • Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek dengan sedikit mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (jika guna bund pan, sapu mentega rata2 pada bahagian dalam tin kek dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung). Ketepikan.
  2. Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata.


4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.



5. Sudu kan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2....


SAPE PUNYALAH YANG LAWA YE............

13 ulasan:

  1. kak ina dua2 lawa dan sodap ler..cam tau jer sodap..sok nak wat ler..tap xda microwave ler..kukus leh tak?

    BalasPadam
  2. kak ..dua2 kek tu cantik je..yg penting sedap..kite slalu wat yang marble je nnt nk try yang trio plak mcm best tgk kek yg yana wat tu...

    BalasPadam
  3. dua2 kek sedaplah kak.. tengok gambar pun tahu.. hehe..

    BalasPadam
  4. i like both..hehehe..mmg peggemar kek nih:D

    BalasPadam
  5. dua2 cantik...dah tentu mak dan anak yg buat ...kan?

    BalasPadam
  6. wah ada pertandingaN ek..
    dua2 nampak cantik..nak rasa dulu leh kui kui kui

    BalasPadam
  7. salam balas kunjung... syoknya kat sini maen masak²...

    lamanya tak makan kek marble... mak amy selalu buat yang kalerful tuuu... aduiii syoknya!!

    http://sweetdarling79.com/

    BalasPadam
  8. dua-dua lawo tp niza terkeliur yg coklat tu. Mak mertua niza suka buat kek, pernah jugak dia ajak tolong tp yg tak tahan tu dia suh pukul butter & gula pakai tangan. bkn tak de pemutar tu...

    BalasPadam
  9. salam naurah makwa..entahlah akak pun tak tahu boleh kukus ataupun tidak?akak tak expert pasal kek ni..klu dlm resepi tulis bakar akak bakar..klu kukus barulah akak kukus.

    salam mummyalyssa...yana punya manis sikit yang marble tu okey..itu adik dan mak akak yang bagitau..

    BalasPadam
  10. salam pakkaramu..terima kasih dtg jenguk kat sini..jemputlah datang selalu...


    salam big mamma bukhari..jangan percaya dengan gambar..entah-entah bila dah rasa tak rasa sedaplah pulak..

    BalasPadam
  11. salam suziey..baguslah kamu ni pencinta kek..mesti rajin baking kek kan?




    salam eira...nak tahu sedap tak sedap cubalah buat..

    BalasPadam
  12. salam afkar's...terima kasihlah sudi jugak datang kat umah akak..nanti datanglah selalu ye..


    salam suzi..satu anak akak buat..satu lagi akak buat pada hari yang sama..

    BalasPadam
  13. salam nizza..dulu pakai tangan memanglah tak larat...skrg biar ajelah mixer tu yang buat kerja..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...