OOO

Ahad, Mac 29, 2009

Resepi Kari Ketam

Dah lama tak makan kari ketam...sekarang ni harga ketam mahal sesangat...kenapalah barang-barang makanan ni tak turun harga..kesian pulak dengan orang-orang yang berkemampuan...udang, sotong dan ikan kat kuala lumpur dah tak ada bawah RM10.00..

kalau ada pun yang kecil dan dah teruk rupanya...entahlah..kesianlah mereka ni..dah kat kuala lumpur ni rumah sewa mahal sesangat..kalau setakat gaji bawah RM1,200 tu ...anak-anak pula 3 orang memang isteri kena kerjalah...nak bantu suami...apasal akak membebel pulak ni..jomlah kita masak...

Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ikan
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, dan minyak secukupnya
Bahan tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu barulah di masukkan asam jawa dan terus padamkan api.

5 ulasan:

  1. wah kak sedapla kari ketam ni...perot pon trase je lapar ni :)

    BalasPadam
  2. akakkk....saya pun baru pas buat kari ketam hikhik. so takde laa terliur sgt nih :p.

    BalasPadam
  3. combi suke kari ketam tapi malas nak kopek ketam.. :(

    BalasPadam
  4. salam Kak Ina, thanks dengan ucapan dari kak ina tu ye..semoga Allah merahmati kamu sekeluarga.

    Ketam memang peberet saya. sedapnya tgk kari tu..

    BalasPadam
  5. dah lama tak mkn ketam...sedapnyer kak..saya baru tgk gambo jer... kalo dpt mkn lg sedap...nyehhh..nyeh..nyeh..NAK CIKIT....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...