OOO

Selasa, Mac 31, 2009

Tertunailah hasrat dihati

Entahlah ye..agaknya memang perasaan semua ibu macam tu...bila anak minta nak makan itu ini..mesti mak-mak atau ibu-ibu atau ummi-ummi atau bonda..berapa banyak da....yang tak sampai hati tak nak buat...walaupun vitamin M banyak...

Bila ira call.........
mak ..bila mak datang nanti .... buat cinnammon ye...dah lama ira tak makan...
yelah..... kalau mak rajin mak buat....


bila yana sebut....kebetulan dia balik minggu ni...
mak dah lama tak makan daging blackpaper...
yelah nanti mak pergi pasar mak beli daging....

tanya dia jugak...sotong nak buat apa...
buat tom yam ....

hari ahad akak bertungkus lumuslah....pagi ke pasar..dan masak ni semua...
jadi hari ahad tu tertunailah hasrat dihati anak-anak akak ..


Sekarang ni kalau nak ambil resepi dari nor dah senang sikit...pasal akak minta izin dengan nor_67 nak tepek kat blog akak...nanti resepi lain pun tak apa ye nor...nor ni dari kuala terengganu...katanya resepi asal dari tukang masak cina kat tv...lepas tu dia dah edit sikit-sikit..

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau-tak letak
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
akak tambah
  • tomato di belah enam
  • daun bawang di potong serong
  • 1 biji bawang holland di potong enam
  • bijan yang telah di sangai
  • 4 biji bawang putih dihiris

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Tumis bawang holland dan bawang putih dan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan tomato , daun bawang dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
  6. Taburkan bijan yang telah di sangai tu...memang anak-anak kata best...
cinnamon roll kesukaan anak-anak...satu bubuh serbuk kayu manis dan di tabur badam kisar dan satu lagi coklat dan di tabur dengan badam kisar jugak...yana bawak balik ke kolej dan akak bawak ke asrama ira...lepas makan nasi dia bedal 3 keping cinnammon ni..alahai..macam tak cukup makan di asrama tu....tiap-tiap minggu akak kena gi jumpa dia...kalau tidak dia menangis..tak apalah janji dia happy kat sana....akak penat pun tak apa...

Kali ni buat tom yam putih...akak gunakan brand adabi.bubuh sotong dan ..campurlah segala sayuran....lega hati dapat bagi anak makan makanan kesukaan mereka...yana pun bawak balik ke kolej....nak buat makan malam..

petang jumpa ira di asrama di rawang pastu pergi pulak ke bandar baru salak tinggi nak hantar yana balik ke kolej....hujan pulak dalam perjalanan balik...sampai balik kat rumah dah pukul 8.00 lebih....punyalah penat...mandi pastu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Yang ni pulak permintaan anak nombor 2 firdaus...goreng ikan bilis cili api bercampur tempe...makan pulak dengan sup sayur...berasaplah mulut tu...buat semalam sebelum pergi gath dengan si hana dan member-member cyber....dan tertunailah hasrat dihati akak pulak...

11 ulasan:

  1. `untung anak2 akak..dapat mak mcm akak..pandai masak..sedap2 lak tu..

    BalasPadam
  2. begitu bagus kak ina...tu lah dia punya power air tangan ibu kan kan kan...walau di mana anak berada pun compom nak mak juga yang masak..
    huhuu

    (tetiba windu lak masakan mama ku)

    BalasPadam
  3. best la anak2 kak Ina,dapat mak rajin memasak.. Boleh jadi ibu Mithali ni..

    BalasPadam
  4. rajinnyer ina masak..tabik springggg !

    BalasPadam
  5. betul tu kak. kadang tu permintaan tu time sengkek lak tu. Tp hati kita sebagai mak ni sanggup korek2 nk bagi anak tu makan apa yg dia tingin..huhuhu..

    BalasPadam
  6. best nyer kalo dapat jadi anak kak ina..hehe..
    mak kita pun best gak.. hihi

    BalasPadam
  7. Anis minat benau ngan cinamon rolls tapi sya tak reti nak buat. Boleh tak bagi resepi? Kak Ina boleh email kat sya nysya@yahoo.com nanti sya balas letak no hp sekali, nanti kita leh jumpa kalau kak ina ke KTT

    BalasPadam
  8. ikan bilis goren cili api..peveret linn gak.....sedapnyer.. kecur air liur.... bagus nya dapat mak mcm kak ina...... rajin masak dan pandai masak....

    BalasPadam
  9. alahai sodap2 eh masakannn!! terliur tijah. agaknyer kalu anak 10 mcm mana ek??

    BalasPadam
  10. emmm..sedapnyer dpt mkn masakan seorg ibu..pandai akak masak eh..leh lah dee belajar..

    BalasPadam
  11. bestnyeeeeeeeeeeeee...nak jd anak akak la macam ni. hehe

    rajin & pandai masak..ibu yg baik. leh jd idola ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...