OOO

Khamis, April 23, 2009

Almond Cheese Tart

Ambil resepi ni dari rumah rinnchan..saje nak rasa kelainannya...macam-macam resepi yang ada nak buat kulit dia...ada yang best dan ada yang kurang best...buat hari minggu lepas..kebetulan yana ada balik...suruh dia buat.....tq rinnchan sebab sudi bagi resepi...akak c & p aje dari blog dia...


Sumber : Grace Kitchen Corner

Untuk short crust pastry :

  • 1 kuning telur
  • 20ml air sejuk
  • 75gm tepung gandum
  • 150gm butter sejuk, dipotong kiub
  • 15gm gula icing
  • Secubit garam
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kering dan gaul seketika dengan hujung jari.
2. Tuang campuran kuning telur dan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul adunan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi ala-ala bread-crumb.

3. Uli sekadar terbentuk doh. Balut dengan plastik sejukkan dlm petisejuk selama 30 minit.

4. Keluarkan doh dari petisejuk, gelek setebal 1/2cm dan terap ke acuan tart. Cucuk-cucuk doh dengan garpu dan sejukkan semula selama 20min. Bakar selama 10min-15min pada suhu 200 dar cel. Sejukkan atas penderai.


Isiannya :


  • 160gm cream cheese
  • 30gm gula castor
  • 30gm butter
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji lemon, parut kulitnya dan ambil jusnya sebanyak 2sudu makan
  • 2 biji putih telur
  • 2tbs gula castor
  • Almond flakes secukupnya-akak guna badam dadu

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul terus.

2
. Masukkan parutan kulit lemon dan jusnya sekali.
3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul putih telur dengan 2 sudu besar gula sehingga kental.
4. Kaupbalikkan putih telur ini ke dalam adunan cream cheese tadi. Boleh masukkan sebahagian almond flake.

5. Tuangkan ke dlm cengkerang tart yg telah siap tadi. Taburkan lebihan almond flake (yang ni akak tak buat pasal stok badam tinggal sikit..) dan bakar semula selama 25min-30min pada suhu 180 dar cel.


Dapatlah yana bawak balik ke kolej dia...kat atas tu buat lorekan guna coklat cair aje...blueberry jem dah habis.


2 ulasan:

  1. sedapnye kak...terliur saya tgk tau..nak cuba buat gak le nnt...hehhee

    BalasPadam
  2. wow, mesti cube resepi akak nih...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...