OOO

Khamis, April 02, 2009

Ikan Temoleh Masak Gulai

Ikan temoleh ni banyak di temerloh pahang..oranglah kata...akak tak tahu betul ke idak?orang yang datang jual ikan kat rumah akak bawak ikan temoleh ni...Lupa pulak nak ambil gambar ikan belum masak...tak apalah...apek ni dah tunjukkan..

Kat sini ada jual ikan temoleh...yang dah siap masaklah....rasanya kalau tak silap dr inahar pernah makan kat sini...mahalkan dr ina..kalau anak makan anak beranak mesti habis beratus..tapi anak-anak tak suka pulak ikan sungai...selamatlah duit akak.....bila orang jual ikan datang bawak ikan temoleh ni ...akak cuma beli RM15 sekilo...fikir-fikir nak masa apa ye...

Akhirnya masak lemak pekat cili padi...kalau masak tempoyak suami dan akak memang tak makan masak tempoyak ni..tapi akak tumis dulu baru masuk santan...dpt idea dari rumah jun..terima kasih ye jun..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan temoleh-di bersihkan dan diperap dengan air limau kasturi bersama garam - bilas dan toskan.
  • 10-15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai di titik
  • 1 helai daun kunyit di siat-siat
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan santan cair
  • garam secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sudu makan jus limau kasturi.
Cara Memasak

1. Tumbuk lumat atau kisar cili api bersama kunyit hidup dan halia. Serai dititik.
2. Panaskan minyak dan tumis serai dan masukkan bahan tumbuk/kisar dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan santan cair.
4. Kacau selalu dan biarkan mendidih baru dimasukkan santan pekat.
5. Kacau lagi dan biarkan mendidih baru dimasukkan ikan temoleh tadi.
6. Masukkan garam bersama daun kunyit dan gaul sebati dan perasa dulu garam dan biarkan 10 minit atau sehingga ikan masak.
7. Masukkan jus limau kasturi dan padamkan api.
8. Bolehlah dihidangkan.

Beli 3 ekor..2 di goreng selepas diperap dengan kunyit hidup, garam, halia, serai dan 1 biji bawang putih.

Kalaulah besar ni...taklah akak teringin nak makan ataupun masak...takutnya........

11 ulasan:

  1. Kak..umah akak kat area setapak ni je ye? leh le ai dtg makan time luch break..keh keh

    BalasPadam
  2. wah sodappnyer ikan sungai.... huhhu leh thn yer kak harga nyer...

    tekojut tgok ikan besau tu..kalu linn pun tak lalu kot nak mkn

    BalasPadam
  3. Sy ni org temerloh..tapi ni first time saya dgr ikan temoleh...
    lawak plak rasanya...hehehe

    Kalau ikan patin tu...mmg glamer sesangat lah...

    BalasPadam
  4. k ina, kalo ikan temoleh ni lagilah daku tak kenaiii.. uwaaa...

    BalasPadam
  5. kakina walaupun tak penah makan ikan temoleh ni tapi nampak sedap masakan kakina ni lapo lah pulak..

    BalasPadam
  6. tapi kan kan kalau masak lemak campur tempoyak lagi best rasenyer..

    BalasPadam
  7. tak tahan tgk msk lomak tu kak ooii..

    BalasPadam
  8. salam k.ina..mmg mahal sesangat kt restoran tu rm38/100 gm ikan temoleh tu! masak sendiri jauh lbh murah!! eh..k.ina nnti nk minta tlg k.ina emailkan foto2 gathering aritu ..leh x? email add- drinahar@yahoo.com
    minta tolng ye..i'm soriiii!!hehe..

    BalasPadam
  9. ct memang x pandai masak ikan sungai ni k.ina..tapi kalau ada org yang masak sure bole masuk kot hahaha

    kalau ikan besor macam tu konpom ct lari lah dulu..kita ngan ikan tu,,dia lagi besor kan.harus kena telan gak ngan ikan tu kalau hidup kahkahkah

    BalasPadam
  10. fuhhhhhhhhhh..sodap tuhhh.....
    perlis xpenah jumpa pon patin...
    nak patin kena balik pahang..hiihihih

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...