OOO

Sabtu, April 25, 2009

Puding Karamel Tanpa Telur

Bila baca resepi puding karamel tanpa telur dari firasyira dari my resepi......tang karamel tu yang buat akak tak confident. Lelama akak buat karamel ikut resepi yang biasa akak buat.

Bahan-bahan A
  • 70gm gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
Sediakan karamel :

1. Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.
2. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.
3. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Bahan B
  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 senduk gula
Bahan C
  • 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

  1. Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..(yang ini akak tak ikut)
  2. Dalam periuk didihkan bahan B.
  3. Kecilkan api kemudian masukkan bahan C.
  4. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  5. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
Akak suruh yana masukkan bekas kecil-kecil ni..senang nak bawak balik ke kolej..dan nak bagi si ira kat asrama.

6 ulasan:

  1. salam kak ina..best la kak ina bg resepi buat puding karamel tanpa telur..saya duk cari2 selama nie sbb tak suka makan puding yg rasa telur..huhuhu... boleh cuba nie nanti..hikss

    BalasPadam
  2. akak tq for the recipe..memang sempou dan senang..hehehe maklum lah bukannye rajin sgt...

    BalasPadam
  3. akak...tq for the recipe...memang menjadi lah dan sedap...yg plg penting xhanyir....ramai yg tanye..so sy trus bg link akak

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. terima kasih sebab resepi ni,bagi orang tak mengemari puding campur telur bolehlah memcuba resepi ini,setiap orang seleranya lain lain...cubalah..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...