OOO

Khamis, April 16, 2009

Sweet Sour Bawal Hitam


Ambil resepi dari rumah rinnchan..tapi akak tambah sikit bahan...ni makanan kesukaan anak akak yang ke 4.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal
  • 1 biji bawang holland-di potong bulat
  • 3 biji bawang putih-di tumbuk halus
  • 2 inci halia-ditumbuk
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai-dihiris halus
  • sedikit garam dan gula
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit air nanas dalam tin bersama isi
  • sedikit serbuk kunyit
Cara-cara

1. Bersihkan ikan dan perap dengan jus limau kasturi/air asam jawa sebentar.

2. Bilas bersih dan lumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan cara deep fry. Toskan.
4. Tumis bawang putih, halia,serai dan bawang holland sehingga naik bau.

5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan barulah dimasukkan sedikit air.

6. Masukkan air nanas dalam tin dan biarkan ia masak sebentar.

7. Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram.

8. Masukkan juga gula dan garam.

9. Rasa dulu sos barulah di padamkan api.

10.Tuang keatas ikan bawal yang telah di goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...