OOO

Isnin, Mei 11, 2009

Black Pepper Steak and Mashed Potato


Buat steak ni pada minggu lepas..lupa pulak nak post...masa ni semua anak ada kat rumah..makan untuk dinner..tengahari masak lauk cincai aje..beli daging steak ni kat pasar tani di taman melawati...untuk steak tu akak ambil dari rumah member cyber...tapi sos akan gunakan resepi yang biasa akak buat.
Bahan untuk steak
  • 2-3 keping daging sirloin (ikut suka)-akak kena triplekan resepi ni..
  • 1 sudu besar lada hitam (dikisar kasar)
  • 2 sudu besar kicap soya cair @ kicap seasoning
  • 2 sudu besar gula perang
  • sedikit tyme @ oregano
  • sedikit garam
Cara-cara
1. Perap semua bahan-bahan dengan daging sekurang-kurangnya 30 minit tapi akak perap dari pagi...petang baru bakar...(lagi lama lagi sedap).
2. Bakar diatas non stick pan dan gunakan sedikit minyak.
3. Jangan masak terlalu lama kerana daging akan menjadi keras.


* boleh juga dibakar dlm oven.

Bahan-bahan untuk sos
1. 20gm butter (akak tak timbang..pakai agak-agak aje)

2. 1 sudu makan tepung gandum

3. 2 biji bawang putih - di cincang halus

4. 6 biji cendawan butang dalam tin (toskan air dan hiris tipis)-kali ni tak letak
5. 2 sudu makan whipped cream

6. 1/2-3/4 cawan susu cair

7. 1 biji bawang holland-cincang kasar (akak tambah sendiri)

8. 1 sudu makan sos tiram (akak tambah)
9. lada hitam biji (tumbuk \kisar kasar)

10.garam secukupnya

Cara-cara
  • Cairkan mentega didalam kuali dengan api perlahan sampai berbuih.
  • Masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang. Tumis sehingga naik bau tapi jangan warna dia bertukar.
  • Masukkan pula tepung gandum sehingga 2 minit. Time ni kena kacau selalu..tak boleh tinggal.
  • Masukkan pula susu cair dan whip krim. Kalau nak banyak kuah tambah lagi susu...agak-agaklah banyak mana yang di sukai. Kacau sebati. Akak tambah sedikit air..nak bagi cair sikit..kat rumah ni tak suka yang pekat.
  • Masukkan garam, lada hitam dan sos tiram.
  • Hidangkan panas-panas.
***************************************************************************************
MASHED POTATO

Makan steak ni bersama-sama mashed potato. Resepi ambil di my resepi.com.my. resepi oleh delila.

Bahan-bahan untuk seorang
  • 1 biji kentang sederhana besar
  • 1/4 kiub ayam tanpa msg
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 ketul mentega tanpa garam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air
  • sedikit garam jika perlu

Cara-cara

  1. Buang kulit ubi dan potong 8.Rebuskan ubi hingga empuk dan lembut.Lecekkan ubi hingga lumat.Kemudian kepalkan menjadi bulat di dalam mangkuk.
  2. Bancuhkan tepung jagung dengan air, lada hitam dan kiub ayam.Jangan terlalu pekat.Tambahkan sedikit garam jika perlu.
  3. Cairkan mentega dalam pan dgn api yang kecil.Masukkan bancuhan tepung dan kacau perlahan lahan hingga masak.Jangan terlalu lama di atas api.
  4. Curahkan kuah ini di atas kentang lecek tadi.Sedia untuk dihidang.

5 ulasan:

  1. aduss...terliur le kak tengok homemade steak akak ni.

    BalasPadam
  2. Slurpp.. sodapnye mashed potato tu..

    BalasPadam
  3. terlioq saya dibuat nyer kak ina

    BalasPadam
  4. salam kak ina,

    adoilah...terliur nie..bilalah kak ina nk ajak yan dtg umah nie..ehehe..tak malu yan nie..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...