OOO

Jumaat, Mei 15, 2009


Dah lama tak makan ikan keli...macam-macam masakan dah di buat...tapi masak asam belum lagi..suami akak suka makan mcm ni..tapi anak-anak pulak tak suka..mereka suka goreng garing-garing pastu bubuhlah sambal..tak kiralah pakai cili kering, cili hijau ataupun cili merah..sekali-sekali ikutkan tekak suami..kesian dia..dahlah dia yang cari rezeki tanggung kami sekeluarga.

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan keli di potong 2
Bahan tumbuk/kisar
  • 4 biji bawang merah-
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 6 sudu makan cili kisar
  • 1 batang serai-dititik
  • air asam jawa secukupnya
  • garam dan minyak secukupnya
Bahan tumis

  • 2 biji bawang kecil di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
Bahan sampingan
  • 2 bunga kantan-dibelah 2
  • se cekak daun kesum
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukupnya
Cara-cara

1. Bersihkan ikan keli dan perapkan dengan air asam jawa/jus limau kasturi bersama garam dalam 10-15 minit dan kemudian bilas sehingga bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan bahan kisar/tumbuk bersama serai kecuali cili dan biarkan naik bau.

3. Masukkan cili kisar dan garam, kacau sehingga pecah minyak atau cili masak.

4. Masukkan air asam jawa dan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.
6. Biarkan mendidih sebentar, perasa garam terus padamkan api.
7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

4 ulasan:

  1. haiyyakkk sedapnyerrr....... mak linn ada kat umah linn..nanti nak suh masak camni lah.....

    BalasPadam
  2. wah... dah 2 rumah masak asam pedas hari ni. terliur... terliur.

    BalasPadam
  3. teringat asam peda mak saya..sedapp!!

    BalasPadam
  4. salam kak ina,
    tadi ghasa mcm dah tinggai komen..tapi line sini prob plak..ntah lepaih ntah idak....
    anyway...menu ikan keli akak ni sgt2 lerr sedapnye....faveret saya nih!iskk..iskk....iskk..dah lama xmakan!!!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...