OOO

Isnin, Mei 04, 2009

Gulai Kari Kambing

mbekkkkk..mbekkkkkk..kalau kambing yang di sembelih ............lagi banyak daging dia ..besar gilerrrrrrrrrr


Semalam masak kari kambing..dah lama tak makan daging kambing.....ada orang tak nak makan kambing...sebab tak boleh telan.....rugi oooooooo.oleh sebab semua anak ada..jadi akak masak supaya semuanya merasa...beli daging kambing ni kat pasar tani di taman melawati..daging kambing kampung...sedapnya....

Bahan-bahan
  • 600gm daging kambing
  • 1 bungkus rempah raja kari faiza
  • 12 biji bawang kecil-dikisar
  • 6 biji bawang putih-dikisar
  • 3cm halia-dikisar
  • 2 biji ubi kentang-dibelah 4
  • 2 santan
  • garam
  • 1 sudu kecil jus asam jawa adabi
Bahan tumisan
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji bawang merah-dihiris halus
  • 1/2 biji bawang besar-dihiris halus
  • 1 biji bawang putih-dihiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • minyak secukupnya
Cara-cara

1. Basuh daging kambing dengan air tepung gandum..nak buangkan bau hamis daging kambing.
2. Bilas bersih dan toskan. Masukkan rempah kari daging, halia, bawang kecil dan bawang putih yang telah dikisar ke dalam daging kambing tadi. Perapkan 1 jam.
3. Setelah satu jam..tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau.
4. Masukkan daging kambing tadi..kacau sebentar dan masukkan sedikit air.
5. Biarkan daging empuk baru di masukkan santan dan ubi kentang.
6. Kacau selalu dan biarkan selama 15 minit baru dimasukkan garam dan jus asam jawam
7. Setelah di rasa baru di padamkan api.
8. Kalau nak pekat...biarkan sampai kuah pekat...

nilah rempahnya

Gambar ira bersama kambing yang pandai minum air...ambil gambar di maha tahun lepas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...