OOO

Khamis, Mei 14, 2009

Ikan Pelaling


Buat lagi ikan bakar....dah buat lama dah...baru nak post...tak kisahlah kan...kali gunakan ikan pelaling dan akak gunakan daun kunyit nak buat salut..bakar pakai non stick pan jugak..resepi mcm dulu jugak..

Bahan-bahan utama


  • 5 ekor ikan pelaling

Bahan-bahan lain

  • 6 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun kunyit
  • 2 biji limau kasturi-di perah ke atas ikan selepas ikan di bakar
Cara-caranya

1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.

4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.

5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.

6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.


Lumurkan ikan dengan garam dah letakkan sambal ikan di atas daun kunyit

dan balutlah ikan tersebut dan gunakan pencungkil gigi untuk menyemat hujung daun kunyit

bakar diatas kuali tak melekat (non steak pan) dan tutup dengan tudung periuk.
Sebelum di hidang, perahkan jus limau kasturi sedikit.

2 ulasan:

  1. kak ina...mesti sedap ikan bakar ni...dgn aroma daun kunyit tu waaaa...sampai sini bau hihihi

    BalasPadam
  2. ye la..mesti sdp ikan ni..bau daun kunyit tu mesti membuka selera!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...