OOO

Isnin, Mei 25, 2009

Marble Cheese Brownies

comotlah sikit..pasal tak sempat nak sejuk dah kena potong..nak cepat jumpa ira dan lepas hantar yana..

Baru nak terjangkit buat brownies ni...sekarang anak-anak 3 orang tak kat rumah...jadi malas nak baking apa-apa pun...tak ada orang nak makan..kalau buat kek/puding/brownies..mesti suami tak nak makan....dia cuma jamah sikit aje...nanti dia kata...
ina ...nak suruh abang mati cepat ke...nanti ina jadi janda kaya..(dia dah ada kencing manis jadi tak beranilah nak makan yang manis-manis)

melalut aje suami akak ni....biarlah cukup makan pakai..janji ada teman tidur sebelah...ada member lawan bercakap....tak kaya pun tak apa..betul tak? buat ni masa anak dara dan anak teruna akak balik hujung minggu...buat pun hari ahad..suruh mereka bawak balik ke kolej masing-masing....okeylah merepek pulak akak ni..jom tenguk resepinya ...resepi ni asalnya dari rumah rinnchan tapi akak c & p dari rumah hana di nipon...hana c & p dari cik mat gebu di johor...memang merata dah brownies ni berjalan...barulah terjangkit kat rumah akak....memang sedap dan moistlah brownies ni..terima kasih bebanyak rinnchan..

Bahan Brownies
  • 250 g mentega
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla
Bahan Cheese
  • 250 g cream cheese
  • 1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan)
  • 1 biji telur gred

Cara-cara
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
Oleh sebab gatal tangan nak celoreng senget benget jadilah macam ni...tak kisah lah kan..sendiri nak makan..

1 ulasan:

  1. eeeeeee...lawanya marble dia. saya ingat nak buat gak le weeknd ni, boleh bawak utk dimkn dlm kete nanti.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...