OOO

Khamis, Mei 21, 2009

Serikaya Buatan Sendiri


Tak pernah se umur hidup buat kaya sendiri...gi kat rumah suzi ternampaklah resepi kaya ni..tenguk cara memang senang...original resepi dari rumah ummi....tak tahulah ummi yang mana satu.

Bahan-bahan

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 500 gm santan pekat
  • 5 biji kuning telur
  • 2 camca besar tepung kastad (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 helai daun pandan (akak letak 4 helai dan di carik lalu diikat-nakkan bau yang lebih harum)
Cara-cara

1. Campurkan gula dan air dalam kuali dan masak jadikan gula hangus.
2. Bila gula dah kekuningan, masukkan santan pekat dan kacau sebentar hingga gula larut.
3. Biarkan ia sejuk betul. Bila santan dan gula telah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastad yang telah dibancuh sedikit air dan daun pandan.
4. Kacau di atas api sederhana sehingga mendidih sahaja, jangan hingga likat. Tutup api.
5. Bila sejuk, kaya akan pekat sendiri.

Banyak jugak dapat...2 bekas plastik..macam-macam boleh buat dengan kaya ni...
Sedapnya makan dengan roti...tapi akak ada silap sikitlah...masa masak santan dengan gula terhanguslah sikit kat bawah dia....lupa nak salin periuk lain..bila masuk kuning telur di kacau langsung yang hangus tu ter kacau sama..tulah sebabnya tak cantik kaya ni...apa-apa pun memang enak.

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...