OOO

Jumaat, Mei 22, 2009

Udang Masam Manis Borneo

Habis kena selongkar rumah ummi di kuantan bila buntu nak masak apa...cari punya cari terjumpalah resepi udang ni..memang sedap...resepi asal dari rumah zaina@MR tapi akak ambil dari rumah puan ummi...c & pa aje ye ummi....

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 1 biji tomato - belah 4/6
  • sedikit daun sup
  • sedikit jus limau nipis


Cara-cara
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia untuk tumisan, ketepikan dulu.
  2. Udang digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan2 tumis tadi dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan ketiga-tiga sos, kacau sebentar dan masukkan udang. Masukkan bawang besar, tomato dan akhir sekali masukkan daun sup.
  5. Tutup api dan perahkan sedikit asam limau..sedia untuk dihidangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...