OOO

Khamis, Jun 04, 2009

Daging Grill Pedas

Ambil resepi dari rumah puan nor di kuala terengganu...agaknya dia suka makan masakan siam kot...akak pun try buat...daging salai ada lagi stok...syok oooo makan ala-ala kerabu daging ni...si ira yang tak makan bawang besar pun makan...dia kata memang sedaplah mak...tqlah nor bagi resepi yang sedap ni.....akak c & p aje ...tapi editlah sikit..jangan marah ye nor...

Bahan-bahan

  • 250gm daging batang pinang-akak gunakan daging salai (steak) yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk

Cara-caranya

  1. Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
  3. Hiris daging nipis2 dan ketepikan.
nilah lebihan daging salai yang buat minggu lepas

Bahan-bahan sampingan


  1. 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus-akak tukar ke 1 biji bawang holland dihiris memanjang
  2. daun pasli/daun saderi ~ dihiris-tak ada
  3. daun bawang ~ dihiris-tak ada
  4. 1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
  5. 2 sudu besar gula
  6. 2 sudu besar sos ikan
  7. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  8. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)# resipi asal letak serbuk cili kasar
  9. 1 biji cili hidup-akak hiris serong---tak lehlah bubuh cili api banyak-banyak ..perut tak tahan...nanti ashik ke tandas aje...
Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit. Tapi kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak.

9 ulasan:

  1. salam k.ina.. sedap la pulak nampak k.ina guna daging salai..

    BalasPadam
  2. k.ina kalo masak mesti besh2..bila le nak dpt rasa masakan k.ina..

    BalasPadam
  3. Sedapnye daging... meleleh air liur tgk gambar ni...huhu

    BalasPadam
  4. wah!!! sedap2 daging grill akak ni walaupun dpt tgk jerk..

    BalasPadam
  5. sedapnya ...kak Ina....nak sikit....tap!tap!...meleleh air liur...

    BalasPadam
  6. terliur saya tengok daging grill kak ina la.

    BalasPadam
  7. minggu nak buat daging salai masak lemak cili api.. nnti lebih nk try resipi akak nih. tmo kasih!

    BalasPadam
  8. nak kena cuba resepi ni..nampak sangat menyelerakan

    BalasPadam
  9. salam nor..memang sedap guna daging salai...masak pakai tempurung kelapa..tentulah sedap..

    salam atty's..akak msk cam biasa aje..mcm manalah kamu kata sedap...

    salam blogresepi...kena kesat cepat..air liur tu..nanti meleleh kat keyboard susahlah pulak..

    salam leya...cubalah buat...bukan susah pun..

    salam watierman..alahai jauh lak nak bagi kamu..cubalah buat sendiri..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...