OOO

Khamis, Jun 11, 2009

Ikan Dalam Taman @ Pla Lui Suan/

Ambil resepi ni dari rumah puan nor lagi....dia guna ikan talapia..akak guna ikan pari yang di bakar di atas kuali...resepi ni dia ambil dari buku masakan thai yang di beli di mana ye...tak tanyalah pulak...akak c & p aje..tapi tangan ni gatai nak edit mengedit..jangan marah tau nor..nanti kena jual....tq atas resepi ni ekk..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap (akak guna ikan pari)
  • 1/4 cawan bawang putih
  • 1/4 cawan bawang merah
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
  • 3 batang serai
  • 3 - 5 biji cili api
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar air limau nipis
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar pes cili sangai
Cara-cara

1. Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
2. Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Curah bahan-bahan ni atas ikan yg dah siap digoreng tadi.
4. Taburkan daun ketumbar dan boleh lah dihidangkan..

***************************************************************************************
PES CILI SANGAI


Pes ni pun akak ambil dari rumah nor...nak buat ikan bakar punya pasal dan rasa apa pula kelainan masakan siam ni...nasib baik sedap..

Bahan-bahannya
  • 1 cawan udang kering
  • 2 cawan barang putih
  • 2 cawan bawang merah
  • 1 cawan cili kering
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1/4 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan sos ikan
  • 1/4 cawan minyak sayuran
Cara-caranya

1. Bawang merah dan bawang putih dihiris halus.
2. Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yang telah di potong. Goreng sehingga bawang-bawang keemasan. Ketepi kan sebentar.
3. Tumbuk bahan-bahan yg digoreng tadi bersama udang kering. (akak blend aje..dasar pemalas)
4. Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin tadi hingga wangi.
5. Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
6. Masaklah dengan api sederhana hingga pes menjadi pekat.
7. Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.


Anak-anak tak suka bubuh mcm-mcm atas ikan pari ni...tuang pes cili aje...

4 ulasan:

  1. nk try.. nk try! minggu depan balik malaysia.. masak kat kampung lah.

    BalasPadam
  2. sedapnya..terliur tgk..

    BalasPadam
  3. Akak,sedapnye ikan pari nie...napelah takde ikan pari kat sini..huhu

    BalasPadam
  4. salam paij188..nanti dah balik..selalunya makan kat luar kan..nak lepaskan gian..

    salam mamatiara...sedap memang sedap..cubalah buat ek..

    salam blogresepi....dah duduk tpt tak ada ikan pari..nak buat camna..nanti balik malaysia cubalah buat tau..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...