OOO

Selasa, Jun 02, 2009

Masak Asam Pedas Daging Tetel

Masak asam pedas ni minggu lepas hari jumaat..tapi baru nak tunjuk hari ni...first time guna daging tetel...sedap jugak ekk...

Bahan-bahan
  • 400 gm daging tetel
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 4 biji bawang merah*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 sudu teh lada hitam*
  • 1/2 sudu teh jintan manis*
  • sedikit belacan
  • 1 batang serai-dititik
  • air asam secukupnya
  • minyak dan garam
Bahan sampingan
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 10 tangkai daun kesum-dipetik daun
  • 1 batang bunga kantan-dibelah 2
  • 4-6 biji kacang bendi
Cara Memasak
  1. Bersihkan daging tetel dan potong kecil-kecil.
  2. Rebus sehingga empuk ... jangan di buang air rebusan.
  3. Kisar/tumbuk semua bahan bertanda *.
  4. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau kemudian barulah dimasukkan pula cili kisar.
  5. Biarkan cili masak sehingga naik minyak ..barulah dimasukkan air rebusan daging dan air asam jawa.
  6. Masukkan daging biarkan sebentar...barulah dimasukkan daun kesum dan bunga kantan.
  7. Tunggu sehingga kuah mendidih dan biarkan sebentar baru di perasakan dengan garam.
  8. Gunakan api perlahan dan biarkan kuah mendidih selama 10-15 minit.
  9. Barulah dimasukkan tomato dan bendi. Rasa asam dan garam barulah di padamkan api.
  10. Makan dengan nasi panas...terangkat wehhhhh

**************************************************************************************

Lepas tu goreng pulak ikan sepat fresh..beli kat pasar tani taman melawati......bukan ikan sepat masin...sedaplah...tapi mahallah harga dia...peduli apa...nak makan kena beli jugak...

15 ulasan:

  1. sedapnye...lama x masak asam pedas daging ni..

    BalasPadam
  2. laponya kak..tgk..asam pedas nie hah

    BalasPadam
  3. Kak Ina..selalu kalau jenguk blog akak ni perut saya berkeroncong..tambah2 pulak bila scroll down macam2 gambar makanan lain lagi yg ternampak..huhuhu..

    BalasPadam
  4. salam bila nak jemput saya makan aunty ahahaha..sedapppppppppppp nya

    BalasPadam
  5. Wahhhhhhhhh.....Kak Ina niiiiiiii....Tak sabo rasa nak balik M'sia! Meleleh-leleh air liur seyyyyyyy.....Nanti nak singgah umah kak ina arr bila balik nanti w/pun x dijemput! Muahahahaha....

    BalasPadam
  6. kak ina

    daging tetel dan ikan sepat tu yg terangkat tu...uish lama tak makan ikan sepat

    BalasPadam
  7. saya tak pernah buat asam pedas daging. kalau ayam tu pernah le. boleh try resipi ni nanti.

    BalasPadam
  8. salam kak ina...hahaha, saya suka ayat akak pasal ikan sepat tu..mahal peduli apa kan..yelah kita pun makan bukan nya sampai 5 kg ikan tuu!!!...caya lah kak!!!

    BalasPadam
  9. saya pun tak pernah masak asam pedas daging...cam sedap je...blh try ni...

    BalasPadam
  10. adoiiiii akak nih. saya kalo bab tetel2 ni sgt suka. kena carik daging/tetel laa wiken ni nak masak gak hehe.

    BalasPadam
  11. kak 1st time nampak daging tetel mask asam pedas ni. Tentu terangkat kan

    BalasPadam
  12. hahahaaa....
    dtg umah akak ni, mesti rasa lapar...
    :)

    BalasPadam
  13. baru ni dengar asam pedas daging.

    biasanya ayam atau ikan. mesti cuba.

    BalasPadam
  14. Ina saya kalau masak asam pedas tetel...cuma gunakan daun limau perut & tambahan lengkuas sahaja...yang lain2 cili, bawang, serai dan sedikit kerisik...sebelum angkat lepaskan tomato & bawang besar...

    Kalau tetel masak asam memang sedap...menjilat jari dibuatnya...

    BalasPadam
  15. Kak ina, tolongggggggggggggggggggg...ikan sepat fresh tu memang kesukaan lela, nanti akak bgtahu kat lela erk mana boleh beli ikan sepat ni, selain ikan sepat lela duk tercari-cari ikan puyu fresh, mak aiiii dah meleleh ni, hari tu ada jumpa kat pasar tani kat greenwood, tapi pergi bebaru ni tak jumpa dah..waaaaaaaaaa

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...