bila kakak ipar call suami hari selasa yang lalu...
Bila balik rumah...suami akak bagi tau....
ina...hari sabtu malam tak kemana-mana kan..anak kak am bertunang lepas isyak..
Hari Sabtu bila sampai kat rumah kakak ipar di teluk panglima garang...akak tenguk rumah dia macam tak ada apa-apa..bila bagi salam yang keluar cuma anak lelaki dia...
Mak tak ada...semua keluar..adik pun ikut jugak.....ayah ke masjid..
Macam tak ada apa-apa aje..
Ala mak uda (panggilan anak buah belah hb)..majlis merisik aje....akak pandang suami akak...
mesti dia salah pendengaran..almaklumlah masa kakak dia call.... dia tengah main bowling...
Bila kakak ipar balik dari beli barang nak bagi ke pihak lelaki..(mula-mula kata tak bagi apa-apa..cuma bawak cincin...tiba-tiba kata nak bawa barang pulak..tulah sebabnya kakak ipar bersama anak dara pergi keluar cari barang) ....dia bagi tau...cuma jemput kami sekeluarga dan adik ipar di nilai..tak panggil orang lain pun..suami akak pulak di beri tugas sebagai jurucakap...
Suami akak memang tak berapa faham nak cakap pasal risik merisik ni...first time dia kena jadi jurucakap....nak berpantun lagilah dia tak tahu..tapi nak buat camna..kakak sendiri dah minta tolong.
Bila rombongan dari lelaki sampai..dan dah masuk dalam rumah...mereka di hidangkan dengan kuih muih dan air. Selepas berbual-bual sebentar akak bagi isyarat melalui mata aje..supaya suami akak memulakan bicara.
Suami akak tanpa pantun (dah tak pandai kan) beliau bagi tau serba sedikit tentang latar belakang anak buah dia (sekarang ni kan senang...mereka berdua dah tahu segala-galanya) dan mengatakan yang anak buah dia ni masih single.
Pihak lelaki pun memulakan bicara tanpa pantun jugak dan juga memberitahu yang lelaki ni masih bujang dan bla...bla...bla..dan meminta menetapkan hari pertunangan (ni pun dah di bagitau oleh anak dia...sekarang ni kan mudah...berjumpa, sms, mms dan calling calling..tak macam akak dulu...punyalah payah nak berhubung...) dan pihak lelaki bagi cincin belah rotan dan di tunjukkan kepada kami semua.
Setelah menetapkan hari pertunangan dan pihak perempuan menerima cincin belah rotan...suami pun baca doa...sekejap aje rasanya..yelah merisik cara zaman sains dan teknologi.....taklah macam orang dulu-dulu..siap berpantun bagi....tapi tu yang bestnya...dengar orang berbalas pantun...
barulah akak tahu macam mana adat merisik.....dulu masa kena risik manalah akak tahu...akak dulu duduk dalam bilik....nanti bila time anak lelaki akak pulak nakkan anak dara orang.... akak nak suruh jurucakap tu sediakan pantun macam ni..suruh juru cakap tulis kat kertas lepas tu suruh hafal...
Berapa tinggi pucuk pisang
tinggi lagi asap api
berapa tinggi gunung ledang
tinggi lagi harapan hati
Sudah lama langsatnya condong
dahannya rebah di ampaian
sudah lama niat di kandung
baru sekarang di sampaikan
raja hindu raja di sailan
singgah berenang di persiraman
bagai pungguk rindukan bulan
kumbang merindu bunga di taman
Sudah lama kami ke tasik,
Tali perahu terap belaka.
Sudah lama kami merisik,
Baru kini bertemu muka.
Sudah lama langsatnya condong,
Dahannya rebah ke ampaian.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang disampaikan.
Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat.
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.
Cenderawasih burung yang sakti,
Singgah hinggap di atas karang.
Kasih berputik di dalam hati,
Dari dahulu sampai sekarang.
Singgah berenang di persiraman,
Mayang terdedah didalam tasik.
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu cenderawasih.
cantik memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri lamanbesar hajat kami besar tak terkira
hendak memetik bunga di taman
kami menyimpan seekor kumbang
sudah terpikat ke bunga tuan
hendak menyunting intan tuan
hendak bernaung di rumah ini
hendak menyambung tali darah
hendak mengikat tali keluarga
minta di terima hajat kami
kalau berakit gunakan galah
cepat tuan tiba ke pantai
kalau sudah kehendak allah swt
niat terkabul hajat pun sampai
tak cukup tapak tangan
nyiru kami tadahkan
pantun ni bukan akak reka ye..akak cari dlm laman web..ni semua koleksi
Oleh Abdullah Hassan, Aripin Said, Ainon Mohd..manalah akak tahu nak mereka pantun klasik ni..
Lepas habis makan rombongan pihak lelaki pulang ke rumah...kami berbual-bual sampai pukul 11.30 malam dan terus pulang ke rumah.
nanti jgn lupa pantun2 tu bila anak akak nyer turn lak. musti gamat punya lah!!!hehehe
BalasPadamakak, kalo nk meminang anak akak nanti kena berpantun jugak ker? jangan akak..kang lagu rap plak yg keluar...ha,ha,....
BalasPadampower la kak ina
BalasPadamsignal pakai mata jerk
wakakakkaa
alamak kak,panjangnye pantun..dh kene stat bg tukang ckp hafal 2 kak.tkt xjd plak nnt..hehe
BalasPadammmg besh berpantun2 nie.tp kang mau sampai tgh malam ye kak..dok berbls2 pantun..ekekeke
BalasPadamamboii kak ina kita ni dah pasang niat tu...berpeluhla orang yg kena berpantun tu..panjang bobonar pantunnye...kat melaka rasanya ada lagi adat berpantun ni
BalasPadamsalam ain...ain ajelah jadi wakil akak nanti..boleh ke?????
BalasPadamsalam noorma..kalau jadi rap pun sedap jugaklah...good idealah noorma..
salam dd86..dah lama hidup bersama..pakai isyarat mata pun dia dah faham..
salam azra..tak tahulah sape nanti yang di lantik sebagai jurucakap bila akak nak merisik anak orang..semestinya kaum keluargalah..
salam atty's..dpt yang juara berpantun..lagilah haru biru di buatnya nanti..harap2 tidaklah kan..
salam areniece..kat melaka rasanya masih kuat lagi kot..itupun mungkin org-org tua yang berpantun..entahlah..dah lama tak gi tgk org meminang kat melaka..