OOO

Isnin, Jun 29, 2009

Oh Kereta Lamaku...Akhirnya Dilerai Oleh Sindiket Pencuri Kereta

Kami pakai kereta ni lamalah jugak..pastu kami cadang nak jual....saje-saje ambik gambar masa tu..

Bergambar kenangan sebelum kereta nak di jual...Mula-mula nak jual sendiri...tapi lecehlah..pastu suami suruh kedai usedcar tolong jualkan...lama juga ambil masa nak jual kereta ni...al maklumlah zaman ekonomi meleset ni.

Alhamdulliah akhirnya terjual jugak kereta ni..suami dah sain tukar nama di borang jpj dan dah dapat cek pada hari jumaat yang lepas .......tup...tup...malam tu ada panggilan dari balai polis kajang. Tanya kami ada tak kereta ni..suami kata dah jual...polis tu kata dia jumpa resit masa suami akak tukar tayar yang masih tersimpan dalam dashboard . Polis tu ingat kereta ni masih lagi kereta suami akak.

Bila suami bagi tau kereta ni dah di jual.....polis tak kata apa-apa lagi...pagi sabtu tu polis tu call lagi bagitau kereta tu dah ada kat balai polis kajang...dah terlerai.......baru sejam di curi dah dileraikan oleh sindiket ni.....mula-mula suami ingatkan pembeli kereta ni orang melayu...kesiannya dia baru beli .....dah kena curi....tak sempat bergaya dengan kereta baru.

Cerita ni keluar pulak dalam akhbar harian metro hari ni...rupanya yang beli tu ahli sindiket pencuri kereta. Yang beli ni ada kedai used car jugak dan berbangsa cina.....dia beli lepas tu dia buat report kat kereta dia kena curi pasal nak claim insuran ..pastu mereka leraikan dan jual komponen kereta tu kat kedai barang yang jual komponen terpakai.

Nilah serba sedikit petikan dalam paper hari ni....mereka tukar no chasis dan no enjin pulak tu..pandai sungguh mereka ni...sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak...

Nasib baik teringat nak ambil gambar dengan kereta ni...jadilah kenangan buat kami...takkan dapat tenguk lagi kereta ni di jalan raya....yang tinggal cuma komponen dia aje...
sedih pulak bila tau tamat dah riwayat kereta ni...


20 ulasan:

  1. Macam2 cara orang sekarang ni ...ada je idea nak cari duit lebih...padan muke ...akhirnya tersungkur gak depa.

    BalasPadam
  2. kak ina... sekejapan jek dorang wat keje eik... isyh2... risau betul skrg ni

    BalasPadam
  3. Ina... kalau sya jadi keta mesti sya sedih. Dahlah tuan aku jual pastu hancur seluruh anggota tubuh dipisahkan.. derita oooo

    BalasPadam
  4. akak, tag dh siap, susah nk tinggalkan jejak kat chat box tu, kete yg akak datang minggu lepas tu yer..dh dijual..wah, nk beli mpv baru ker kak??

    BalasPadam
  5. kwn saya baru beli honda civic sebln lps. pas tu dilarikan 3 ekor keling kat petrol kiosk PJ. alhamdulillah x sampai seminggu polis jumpa kete tuh. siap masuk 999 lg kes sindeket kete nih. tp sian gak...baru beli sebulan. masih bau kedai lagi.

    BalasPadam
  6. macam2 cara org cari duit sekarang ye...
    alhamdulillah dah terlerai aktiviti tu...

    BalasPadam
  7. takutnya malaysia sekrang ni kak.. macam2 ye.. bijak2 nak menipu...

    BalasPadam
  8. macam2 kes kat msia skrg ni..

    alahai kesian tgk riwayat kereta akak ni...nasib lah dah jual

    BalasPadam
  9. kak ina...
    simpati kat akak walaupun kereta tu bukan milik akak lagi...
    Hebat betul sindiket mcm ni...ntah2 banyak lagi kes yg kita tak tahu berlaku...

    BalasPadam
  10. la
    gitu ke critanya
    sian kak ina ekst

    BalasPadam
  11. larrr....sedihnya..saya pernah gak jual kereta (1st car) pastu ternampak balik kat jalan raya orang pakai...at least ada la nampak, kan.sedih pulak bila akak kata dah tak nampak lagi kat mana2 sbb dah tamat riwayatnya..huhuhuh

    BalasPadam
  12. kak..kita klu nk jual kete pun sdih gak..masa nk mai dulu kena jual keta..sedihnya..hihi..

    BalasPadam
  13. salam k.ina..
    kesiannyer kak keta akak..nasib baik ada gambar bole buat kenangan..

    akak eiyda kasi award kt akak..tp rupa2nyer akak dah dapat award yg sama tu..takpe la akak dpt 2 kali pun..heheh..nanti jemput amik award kt blog eiyda k..;)

    BalasPadam
  14. lepas ni kena upgrade ALPHARD la kak :p

    BalasPadam
  15. Salam kak...
    adoilah...macam ni punya kes pun ada ek kak.....
    macam2 lah org sekarang ni nak nipu.....

    cantiklah kak keta tu, knp jual...?
    beli 'buah hati' baghu yer..?
    :)

    BalasPadam
  16. salam eyna's..org skrg cari duit tak kira mcm mana..jadi duit banyak..boleh enjoy...

    salam mummy dasy...mcm-mcm kisah kat malaysia skrg ni..menakutkan...

    salam rishazalia...org skrg ni terror pasal curi dan meleraikan komponen kereta..kan zaman dah canggih..

    salam sya...memanglah sedih bila tenguk kereta tu..dah byk berjasa dengan family kami..apa nak buat..dah nak jadi..

    salam noorma...ye ke susah nak msk shoutbox..tenet giler kot..tulah mpv baru akak..beli yang murah aje..zaman jimat cermat.

    salam ain..skrg ni pakai kereta mahal banyaklah pencuri yang bukak mata..skrg ni byk sgtlah kisah tragedi di malaysia ni.

    BalasPadam
  17. salam suzi..polis skrg ni dah terrorlah..

    salam ita..entahlah ..dulu-dulu tak mcm ni..skrg ni jenayah dah mcm perkara biasa..

    salam fida..nasib baik dah jual ..klu idak tak tahulah..

    salam nj...kereta dan harta benda dah tak selamat..byk sgt org nak kaup...

    salam tun...nak buat camna..dah terjadi mcm tu..tak ada harapanlah nak tenguk no plat dan kereta tu lagi.

    salam hasni...gitulah ceritanya...tak tahu nak ckp apa lagi dah..benda dah terjadi.

    salam eyida..dah ada pun award tu ..nanti akak tepek nama kamu ye..

    salam maz...memang sedih berpisah dengan kereta yang telah banyak berjasa dgn kita kan...mcm kamu..terpaksalah jual bila nak gi oversea..takkan nak byr bulan2..

    salam pingganlama...alahai tak mampulah nak pakai alphard..mahal berbeno...tak larat nak bayar bulan-bulan..skrg ni ekonomi dah merosot kan...kena berhati-hati.

    salam tc..jual tu ada sebabnya..memang cantik..cantik bayaran dia dan cantik pulak bila isi minyak...cantik jugak bila dia sedut minyak..tak tahan beb..

    BalasPadam
  18. Ler...sian kereta akak tu...

    Tapi x tahanla...siap berposing dgn kereta dulu sebelum jual hehehe... sentimental gak akak ni ye...

    BalasPadam
  19. salam e-merlin..kereta lama dulu akak jarang posing..entah kenapa kereta yang ni boleh teragaklah pulak..agaknya dah ada firasat kot..nak tamat riwayat dia..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...