OOO

Jumaat, Jun 19, 2009

Sotong Masak Hitam



Resepi asal dari m di Kuantan...ni lagi satu resepi yang sedap dan ringkas..kalau orang yang bekerja bolehajalah saji oleh Chef Noris dari Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur tapi akak ambil dari rumah Puan Ummi... senang sesangat masak cam ni...terima umi..mcm biasa c & p..edit sikit ekk..

Bahan:-

  • 600 gm sotong sederhana besar
  • 2 labu bwang besar (hiris bulat)
  • 3 tangkai cili merah (buang biji dan hiris nipis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sduu besar kicap pekat
  • 1/2 batang lobak merah - di potong memanjang

Bahan Kisar:-
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
Cara Memasak:-

Bersihkan sotong dan potong bulat. Gaulkan dengan garam dan perapkan selama 15 minit. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga garing. Masukkan sotong dan gaul rata selama 8-10 minit. Masukkan bawang hiris, lobak, cili merah dan garam. Gaul rata dan goreng selama 3 minit. Masukkan kicap dan gaul rata lagi, biarkan sehingga sotong masak. Tutup api.

7 ulasan:

  1. owh..lebih kurng cm sotong masak kicap la.. :)

    BalasPadam
  2. sedapnya tgk...lama tak makan sotong ni..

    BalasPadam
  3. sekarang musim sotong gamak nyer..pi tioamn pun.tgk dia org dapat sotong besar2 best wat goreng tepung gak

    BalasPadam
  4. sedapnya kak ina sotong tu...senang pulak nak buat ,bolehlah cuba ni.

    BalasPadam
  5. K.ina..
    nak cuba la resepi ni..sotong banyak dlm freezer eiyda tu..selalu mati akal kalau bab2 nak masak sotong ni..alih2 buat goreng kunyit jer..heheh..

    BalasPadam
  6. salam nabilah_2906...ruper sama mcm msk kicap tapi..rasa lain sikit.

    salam fida..alahai jauh bebeno nak hantar kat kamu..

    salam mamatiara..cuba jangan tak cuba..

    salam ana ....ashik berjalan ke sana ke mari kamu ni...syok kan dpt jejalan bersama member-member..

    salam ima..cubalah resepi ni..senang bebeno.

    salam eiyda..rasanya klu stok sotong byk dlm freezer lagi best tau..mcm-mcm boleh di buat dengan sotong tu...msk aje kat rumah member-member yang rajin masak..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...