OOO

Jumaat, Jun 12, 2009

Sotong Paprik ( 11)

Resepi asal gunakan ayam..tapi akak tukar pakai sotong...suka hati kitalah nak pelbagaikan resepi kan...takkan orang nak marah...resepi asal dari rumah puan hanieliza...

Bahan:- (dipotong kecil)
  • 500gm sotong (dibersihkan dan di perap dengan jus limau kasturi sebentar)
  • 100 gm carrot
  • 100 gm brokoli-tak letak sebab tak ada
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum hijau-tak letak..tukar ke cili hidup di hiris
  • 1 labu bawang besar-dihiris bulat
  • 4 batang jagung muda-dihiris serong
  • 1 biji tomato-dipotong 4
  • sedikit daun ketumbar
Bahan Sos:-
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai - di titik
  • 3 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 5 biji cili padi - ketuk-akak tambah lagi 5 biji..tak pedas tak sedap
  • 3 ulas bawang putih - akak tumbuk
  • sedikit air
  • 3 helai daun purut-disiat-siat
  • garam secukup rasa
  • minyak
Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi.

2. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air.
3. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
4. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut dan sedikit garam dan juga sotong.
5. Rasa dulu barulah dipadamkan api dan tuangkan jus limau kasturi setelah api dipadamkan dan kacau sebati.
6. Barulah dihidangkan panas-panas dan taburkan sedikit daun ketumbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...