OOO

Khamis, Jun 11, 2009

Spageti Bebola Daging

Buat lagi meatball spageti...buat meatball ni masa anak-anak semua ada kat rumah...buat hari ahad yang lepas...dulu guna daging kisar ramly...tapi skrg ni tak sedap sangatlah..entah kenapa tak tahulah..banyak sangat lemak...terpaksalah beli daging tempatan...nak makan sedap ..kenalah beli yang mahal sikit...

Bahan Untuk Meatball

  • 500gm daging kisar (guna daging tempatan)
  • 1 biji bawang holland (kuning)
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 cawan cendawan butang (kalau taknak tak apa)
  • 2 keping roti (akak toast sikit dan ramas kasi hancur)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan pes tomato (tomato puri)
  • 1 sudu kecil lada hitam (lada sulah)
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Akak kisar daging gunakan gunakan blender yang kering. Cincang kecil lobak, cendawan butang dan bawang besar. (food processor dah gol..kena guna tanganlah pulak...entah bilalah nak beli baru)
2. Masukkan semua bahan ke dalam daging kisar.
3. Gaul sebati dan bentukkan jadi bebola(suka hati nak besar mana)dan susun di dalam dulang pembakar.
4. Renjis dengan sedikit minyak dan panggang dalam oven. Kalau nak goreng pun
boleh. Bila dah masak masukkan ke dalam sos spageti.
5. Masukkan kedalam sos spageti bila sos telah pekat.

***************************************************************************************

SPAGETI
Bahan-Bahan

  • 500 gm spageti
  • 430 gm pati tomato (puree)
  • 2 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
  • 3 biji bawang putih
  • 2 biji tomato yang besar
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh thyme
  • 1 sudu teh mixed herbs
  • garam (ikut citarasa masing-masing)
  • 5 sudu makan tomato sos

Cara Untuk Buat Sos

1. Rebus spageti sehingga lembut..kemudian tos dan bubuh sedikit minyak/minyak zaiton
2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih (akak guna w/p aje)
3. Tomato di potong halus....(ataupun guna w/p)
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih.
5. Setelah naik bau..masukkan tomato kisar tadi. Masukkan garam.
6. Masukkan air sedikit...dan biarkan dalam 10 minit.
7. Masukkan tomato puree dan 2 tin air (gunakan tinnya buat penyukat air)
8. Kecilkan api..masukkan oregano, thyme dan mixed herb. Masukkan juga bebola daging yang telah di panggang tadi.
9. Masukkan tomato sos....Biarkan sos mendidih sehingga 20 minit (pekat)
10. Perasakan dengan garam.

Sos yang sedang mendidih dengan menggunakan api perlahan. Setelah pekat bolehlah di padam api..Rasa dulu tau....nanti tawarlah pulak.......

4 ulasan:

  1. one day nanti, saya nak try buat meatball lah.

    BalasPadam
  2. wehehehehe..k.ain sama la plak impian kite pon mcm tu suatu ari nnt..tq k.ina pasni bleh wat gune resepi ni..:)

    BalasPadam
  3. kak ina weeeee...sedapnya spageti akak tu. nanti nak cuba akak nya resepi ni...

    BalasPadam
  4. salam ain..cuba jangan tak cuba..

    salam mummyseri...nanti dah buat showlah kat rumah kamu ekk..

    salam leya..sedap memang sedap..akak 1kg daging...dpt simpan..buat sup meatball pulak..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...