OOO

Isnin, Julai 20, 2009

Honey Prawns Dayang Jack


Bila dah ada stok udang barulah boleh buat resepi honey prawn ni...buat hari jumaat yang lepas..memang sedap..akak c & p dari rumah dayangjack..terima kasih bagi resepi yang simple dan cepat dimasak ni..akak edit ye..

bahan-bahan :
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
Akak tambah 1 biji bawang holland - potong 4 (maaf ye dayang..derhaka sikit)

Cara-cara :

Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

2 ulasan:

  1. ya Allah...nampak sedap kak... ish..bila lah nak pandai buat cenggini ni..sokmo fail kalu masak..

    BalasPadam
  2. salam lelaz..alahai bukan susahpun ..senang sangat tau.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...