OOO

Jumaat, Julai 03, 2009

Ikan Bawal Tiga Rasa (Ah Mat Gebu)/Tomyam Sotong

Buat ikan tiga rasa ni hari ahad lepas..akak potong 2 ikan bawal tu..senang nak makan..dalam gambar ni cantumkan ajelah keratan ikan bawal ni..ini makanan kesukaan ira..tapi takkan dia tak balik akak tak buat..resepi asal dari rumah chef ah mat gebu tapi akak c & p dari rumah puan ummi di kuantan. Harap halal ye..

Bahan Utama:-
  • 2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • 3 camca besar tepung jagung (*ni Ummi tambah)
  • 4 batang putik jagung - hiris serong
  • 1/4 ketul bunga kobis - potong kecil
  • 1 batang lada merah - akak potong memanjang
  • 1 batang seleri - hiris serong-tak letak
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1 camca besar gula
Akak tambah ---capsicum dan cili hijau

Bahan Tumis:-

  • 1 biji bawang besar - akak hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 inci halia - diketuk
  • 1 camca besar cili kisar

Bahan Sos:-

  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar kicap cair
Cara Memasak:-
  1. Lumur ikan yang telah dicuci bersih dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
  3. Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
  4. Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata.
  5. Masukkan semua jenis sayuran dan masak 2 - 3 minit.
  6. Masukkan kicap cair dan gula. Kacau rata.
  7. Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul dengan sos biar mesra.
  8. Angkat dan hias dengan daun salad sebelum dihidangkan.

Tak hias pun dengan daun salad..letak aje dalam pinggan ni..terus ngap...
makan dengan nasi panas dan semestinya

makan dengan tomyam sotonglah...akak guna pes tomyam adabi...adusss lepas makan perut kenyang..hati pun suka..mato pun nak torlolap...

4 ulasan:

  1. Meriahnya warna lauk akak... patutlah...
    kenyang perut suka hati...
    mata nak lelap, leh tidur sampai pagi!

    BalasPadam
  2. lamanya tak mkn ikan bawal 3 rasa. mlm ni nak gi mkn lah. hehe

    BalasPadam
  3. salam jumaat kak ina. menyelerakan lauk akak tu. pinggan menghidang pun cantik kak.

    BalasPadam
  4. Sedapnye bawal tiga rasa tu kak.. lama tak makan teringin pulak..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...