Sebelum keluar jumpa halen dan naiz akak dah keluarkan daging steak ni dari freezer...beli 2 jenis ....1 daging kambing dan 1 lagi daging lembu. .... masa pusing-pusing cari rumah makcik halen yana call..tanya boleh tak perap daging ni...
Oleh sebab kat botol ni dah ada arahan camna nak perap daging ni.... akak suruh aje dia buat...lepas basuh akak suruh asingkan steak daging dan lembu...dia tak dengar kot...di campurkan kedua-dua steak tu...nasib baiklah kat rumah ni tak kisah ...pasal semua makan daging kambing dan lembu.
Ada member blog cadangkan gunakan perencah ni buat steak..akak pun belilah..nak tenguk ada kelainan atau pun tidak.
Bila dah bubuh rempah tu kena masukkan jugak kicap dan minyak zaitun. Sukatan bergantung kepada banyak atau sedikit daging steak. Lepas tu ambil cyling wrapper terus balut dan perap paling sekejap 1 jam. Lagi lama lagi sedap.
Pagi tu kan akak ambil ira di asrama ..masa ambil report kad..dia ada bawak balik kotak ni...nak bagi ayah dia....sempena hari jadi suami akak yang lalu...
2 keping pulak tu dia beli..macam tau aje kami nak makan cara western petang jumaat lepas. terima kasihlah ira sebab belikan ayah dia hadiah ni ...
Lepas makan nasi goreng...akak lepak...pastu tertidur...dah pesan dengan yana nanti hidupkan arang pukul 5.00 petang...bila akak bangun dia dah mula nak membakar daging tu..biarlah dia buat..akak buat kerja lain.
Dan mashed potato..kali ni lepas rebus dan lecek ubi kentang tu akak masukkan 1 susu makan mentega, 3-4 sudu makan susu segar, sedikit garam dan daun parsley kering.
Panaskan butter dan masukkan susu dan garam. Bila butter cair padamkan api dan masukkan sedikit daun parsley kering dan curah atas kentang yang telah di lecek. Kacau rata. Lagi sedap rasanya.
Yang ni sup kimball....mula-mula nak buat..tapi tgk bahan-bahan macam tak berbaloilah pulak nak buat...beli ajelah sup kimball dalam tin yang ada cendawan tu.
Nilah makanan malam sebelum bertolak ke jay bee pukul 11.30 malam...kenyang jugak makan macam ni..
Bila ada acara bakar membakar ... akak selalunya beli ikan keli dalam 1 1/2 kilo...kali ni bakar guna lidi..ada member blog ajar...senang sikit rasanya nak pusing-pusing ikan tu..tq daydeck..
lepas tu bungkus masuk dalam freezer...senang nanti bila nak masak lemak...makanan kesukaan kami sekeluarga terutama anak-anak..
Lapor le pulak.. sya dulu masa anak2 kecik rajin buat bakar membakar ni.. skrg tak de lelaki nak tolong idupkan api jadi malas dah
BalasPadamkak sedap betul menu.anyway kak ,saya nk tanya.kalo fresh pasley kite keringkan nk jd pasley kering bolehkan?jemur cam biasa je la kan?saya ada daun english pasley.satu pek penuh tp jarang masak,skrg daun2 tu dh jadi kuning mcm nk layu dh.cemana ekk??
BalasPadamsedapnya steak tu!!!
BalasPadammak aiii byk noi menu tu...rajin ler akak...
BalasPadamWehhhh....Sedapnyer....Ikan keli tuh!!!Next time kalau nak jumpa kak ina terusssss jer serbu umah akak...Boley????hehehehe
BalasPadamsedapnyer kambing bakar..cicah lak ngan air lada perggghhh mak mertua lalu, tak toleh dahhh..huhuh
BalasPadamsenang tak kak ina nak belek2 ikan tuh
BalasPadambeshnya kak..makan western..ha..buat sendiri lak..tuh
BalasPadamsedapnya, tiada kata yang boleh diungkapkan, sedaaaappp. Eh, bermadah pulak gerau.
BalasPadamSemua best2 ni kak Ina... steak tu best, pizza pun best, ikan keli tu laaaagiiii best... nak jugak!
BalasPadamsedapnyer kak ina!! buat bbq.. mkn western pun best gak sekali sekala kan..pandai kak ina buat mashed potato tue tp takde lak resepi nyer..kentang ida banyak tu kt dapur rasa nak buat pulak bila nengok yg kak ina buat tu..terliur!! ;p
BalasPadamsodap k ina oiii..anak bujang nekpp suke gek ikan keli! bapak budak plaks suka ikang semilang ekeke
BalasPadamsalam sya..tak org lelaki boleh hidup jugak arang tu..selalunya yana yang nyalakan arang..dia tengah rajin nak bakar membakar.
BalasPadamsalam naddiea...nanti kamu cuba buat mcm akak bagi tau tu ye..nanti klu jadi tenguklah..klu tak jadi buang ajelah walaupun sayang...
salam ain...kalau sedap cubalah buat..
salam aishah..virus R tengah melanda..jadi rajinlah sikit.
BalasPadamsalam reenaz..janganlah serbu..bagilah tau..nanti cuma dapat makan biskut kering aje..
salam ainasli..tak pernah lagi akak cicah dengan air asam..nanti bolehlah cuba...
salam daydeck86..memang senanglah mcm tu..lain kali boleh buat lagi.
BalasPadamsalam atty's...seronok buat sendiri..sebab anak dara akak tengah rajinlah tu.
salam geraugebang...kalau sedap cubalah buat sendiri ek..
salam blogresepi...memang tang ikan keli tu yang paling bestkan..
salam eyida's..dah jumpa kan resepi mashed potato tu..bolehlah buat...
salam nekPP..alahai rugi tak jumpa kamu kat jaybee....apa nak buat..nanti turun kl bagilah tau ye...ikan keli memang sodapkan..
ikan keli salai masak lomak dengan daun pucuk gelugor mmg layan .... meleleh air liur den
BalasPadamalahai daydeck...akak tak pernah lagi masak guna daun tulah..ruper daun pun akak tak tahu.
BalasPadam