OOO

Selasa, Ogos 11, 2009

Hot Dog Puff



Buat puff ni minggu lepas lepas sepupu sepapat suami akak balik...mereka balik nak dekat pukul 4.00 petang...akak nak hantar ira pukul 5.15 petang...

Itupun akak dah rebus dulu hotdog tu pepagi..simpan dalam peti ais..langsung luper..bila ira kata mak bila nak buat puff hot dog....kelam kelibut akak buat...akak kerah ira tolong..pasal nak buat 2 bungkus pastri yang akak beli aje kali ni...

Panaskan oven dulu....suruh ira potong hotdog...akak potong pastri dan terus gulungkan...akak bakar satu loyang dulu...kalau tak sempat bolehlah sambung kemudian...alhamdulliah sempat buat semua...dan ira dapat bawak balik ke asrama bagi member dia rasa. Senang aje nak buat ni tau...

Bahan-bahan
  • 20 batang hotdog-direbus ataupun dibakar sebentar-di potong 2
  • kulit pastri-dipotong 2 (akak guna 2 peket ada 10 keping-bila di potong 2 dapatlah 40 gulung kecil)
  • sebutir kuning telur yang di pukul dan di campur sedikit warna kuning telur
Cara-cara

1. Setelah di potong 2 semuanya..gulung dan sapukan kuning telur.

(Kalau rajin potong atas pastri.)
2. Bakar dalam 40 minit dalam suhu 200C (bergantung kepada oven masing-masing) atau bila puff dah kuning.

Sebelum di bakar...pontang panting puff ni ...nak cepat punya pasal..

4 ulasan:

  1. nak buat gak la. cis hotdog ada dlm fridge tu!! tq kakkk!!!

    BalasPadam
  2. bestnya yang ni. kalau dapat buat banyak-banyak kasi jiran waktu buka puasa mesti balasan macam-macam. he he he. tak de la. takkan lah kita buat cam tu ek.

    BalasPadam
  3. salam kak..nak tanyala..kat mane nak beli kulit pastri ni..xpenah tau pun ada..kat kedai jual brg2 buat kuih n kek ke?

    BalasPadam
  4. salam kak ina. saya dah cuba wat nih. sedap dan mudah.

    nak tanya akak, knp pastri saya lps bakar npk oily tak mcm akak wat? Kak ina, gulung kulit pastri tu waktu separa sejuk atau biarkan ia lembik dulu.

    Atau kena masuk fridge dulu sblm bakar? Sukerlah masakan ringkas mcm nih. Tima kasih kak.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...