OOO

Khamis, Ogos 27, 2009

Resepi Mee Goreng


Tenguk mee lebihan buat mee soto hari tu masih ada lagi...sayang nak buang...semalam buatlah mee goreng..kali ni akak ambil resepi dari blog chef ah mat gebu...dia ambil resepi dari rumah novelis popular norz...habis di makan anak-anak....mereka semua tak makan nasi..dah kenyang...


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g mee kuning
1 cawan daun kuchai yang telah dikerat2-tak letak
Taugeh...(yang ni ikut suka banyak mana nak letak)
2 pokok sawi
1 cawan udang (kalau budget lebih, letak lagi yea)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
1/2 camca teh cuka makan-tukar ke jus limau kasturi
2 biji telur, dikocok sedikit
2 camca besar sos tiram*
1 camca besar sos tomato*
1 1/2 camca besar sos cili*
1 camca besar kicap pekat*(*bahan sos)
Kicap cair secukupnya
Air rebusan kulit udang secukupnya
Hirisan daun sup#
Bawang goreng#
Hirisan cili merah#-tak letak
Hirisan tomato#-tak letak
Belahan limau kasturi#(#bahan sampingan)-tak letak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci mee, kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos(*) dan kacau rata dan letak batang sawi dan udang. Masukkan cuka, sedikit kicap cair dan stok udang (anggaran 1/2 cawan).
  3. Bila mendidih, masukkan mee, kecil kan api dan gaul mee hingga rata. Tolak mee ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga telur kental dan gaul dengan mee tadi. Masukkan daun sawi, daun kuchai dan taugeh, kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah lagi kicap cair. Kacau dan boleh matikan api.
  4. Hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi....
Ni goreng sebelum bulan puasa
post signature

7 ulasan:

  1. lamanya kak, goreng baru sekarang hidang. he he he

    BalasPadam
  2. sedapnya kak inaaa!!! dah terasa kelembapan mee tu kat tekak!!hihi

    BalasPadam
  3. adus kak ina.... asal masuk sini jek mesti ada masakan yg lazat terhidang depan mata.... mesti yummy ni......

    BalasPadam
  4. hai kak ina
    sedapnya
    nasib baik skrg posa
    huhu
    hasni jual biskut tu sorg2
    amik kat pembuat kuih di tanjung malim
    tahun lpas pon jual biskut jgak time posa
    huhu

    BalasPadam
  5. Salam Kak Ina....

    Semalam kan kak suami teringin pulak nak makan mee goreng basah pastu beli la kat bazar nampak mcm best ...bila makan masa buka rasanya hampehhh la kak.

    Nampaknya hujung minggu ni buat sendiri lg sodap ambik pulak dr resepi akak ni mesti terliuk kan kak...

    BalasPadam
  6. salam geraugebang...biasalah tu..kdg-kdg tak perasan gambar tu..mata dah rabun..al maklumlah dah tua...


    salam ain...sukanya dgr pujian dari ain ni...tak pernah kata tak sedap.


    salam amy...masakan lazat???kat sana lagi bestkan...byk daging kambing...akak dan family suka makan daging kambing tau..

    BalasPadam
  7. salam hasni..ingatkan kamu buat sendiri..tak apalah..janji kamu rajin cari duit...


    salam leya..tulah pasal akak tak suka beli..baik buat sendiri lagi puas hati..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...