OOO

Jumaat, September 25, 2009

Kisah di pagi raya


Pagi lagi cd dah nak makan

serunding  (anak akak jual) dan sambal tumis ikan bilis campur petai

ada jugak rendang campur....daging, paru dan hati...sekali-sekali makan tak apa..

kalau tak ada kuah lodeh tak sah

Hidangan di pagi rayer...ada rendang ayam dan rendang daging..meletup sebab mak akak yang masak

 penuh meja di pagi raya

sedih tenguk anak dah berkurang satu di pagi rayer..

buat tatapan yana di sana

 saling bermaafan dengan abah..abah ashik menangis aje..teringatkan yana katanya...

 berpelukan dengan abah

Bermaafan pula dengan bonda tercinta.

dengan kak long  

 russhdi peluk atuk..

dengan wan pulak

giliran daus pulak..masa ni abah dah senyum

ramainya cucu abah dan mak...tu pun tak termasuk anak adik bongsu

Bersama adik beradik..tapi adik bongsu tak ada sebab dia balik ke kampung isteri dia di perak..

di rumah abah kat bawah

adik lelaki akak yang tinggal di shah alam

 sempat lagi berposing sebelum sembahyang raya 

 lepas sembahyang raya...orang lelaki pergi satu rumah ke satu rumah untuk takbir raya.mereka di bahagikan kepada 3 kumpulan..kalau tak buat macam tu..mau balik petang...dekat 20 biji rumah mereka pergi...tu pun nak dekat pukul 3.00 petang baru siap..gelap pulak gambar kat dalam rumah abah

mereka nak jumpa abah sebab abah dah tak larat dah nak join...

tetamu pertama...saudara abah yang duduk di kajang..lepas tu lepak aje kat rumah..sampai petang...

10 ulasan:

  1. salam kak ina...
    meriah suasana raya....

    sedih ke kak ingat kat yana???
    tak pe lah, menuntut ilmu kan?
    :)

    BalasPadam
  2. salam aidilfitri k.ina..

    meriah nampak suasana raya ..family k.ina..juadah pun..menyelerakan..

    BalasPadam
  3. meriah family akak berhari raya kan..

    BalasPadam
  4. kak, selamat hari raya.. memang meriah time raya kalo ramai anak cucu cicit.. sebab tu saya tak kisah kalo beranak ramai2...

    memang target nak anak ramai pun.. rugi laa sapa taknak anak ramai.. sunyi waktu tua nanti..

    www.sweetdarling79.com

    BalasPadam
  5. selamat hr ry kak ina! seronoknya raya ramai2 kan!

    Yana sihat kat sana..?? semoga dia pun sambut raya dgn meriah!!

    BalasPadam
  6. salam sis.. wah meriah sungguh di hari raya.... bila la nak meraya rumah sis ni.. he he

    BalasPadam
  7. salam syawal kak ina. seronoknya tengok keluarga kak ina beraya. kakchik paling suka yang aktiviti bertandang rumah ke rumah dan bertakbir raya tu. kat sini takde orang buat macam tu. sukalah.

    BalasPadam
  8. salam tukang cerita..sedih memang sedih..tak apalah..nak buat camna..

    tentu kamu pun seronok sambut hari raya kat kg ..

    BalasPadam
  9. salam atty's..memang seronok..makanan pun cedap..sebab mak yang masak..


    salam haslina..alhamdulliah dah selamat sambut raya..meriah memang meriah..

    salam sweetdarling..memang meriah anak ramai..tapi klu se dozen tu akak tak laratlah..cukuplah 5 orang aje..

    BalasPadam
  10. salam ain..alhamdulliah yana pun sambut raya kat sana..dpt makan rendang dan nasi impit..nak akak showlah gambar dia ye..


    salam shawal jugak buat kak chik..memang seronok gi bertakbir raya tu..tapi hb kata penat makan..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...