OOO

Jumaat, September 04, 2009

Sup Mamak

Tenguk sup tulang mamak kat blog mamasya...macam sedap aje akak tenguk...rupernya resepi dari chef fofolur puan hanieliza http://hanieliza.blogspot.com....akak saje nak mencuba resepi orang lain..terima chef hanieliza sebab bagi resepi.  Akak c & p dari blog beliau tapi ada buat sedikit perubahan...bahan asas masih sama.
Bahan-bahan

  • 1 kg tulang
  • 2 sudu besar  minyak makan
  • 3 sudu besar rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]-akak guna rempah kurma..tak stoklah rempah sup
  • 4 biji kentang [belah 4]-tak letak sebab tak ada stok
  • 1 batang carrot [potong kecil]
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
  • 1 batang serai [ketuk]
  • 2 biji tomato [belah 4]
  • garam
  • bawang goreng
  • air secukupnya
Bahan tumbuk
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sm halia
  • 1 s/k lada hitam
Bahan rempah tumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga 
  •  akak tambah : 1 bungkus sup bunjut tulang, sebatang daun saderi  di potong kecil, 1 batang lobak merah di potong memanjang, sedikit bunga kobis dan 1 biji bawang besar yang di hiris panjang

Cara
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk, hirisan bawang besar, sup punjut  dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata. Masukkan sedikit air.
4. Biarkan ia merenih sekejap barulah di masukkan ke dalam periuk berisi tulang dan masukkan rempah yang telah di tumis bersama 1 biji tomato  yang di belah 6 dan sedikit batang saderi.
5.  Rebuskan sehingga tulang  betul-betul lembut. Akak rebus dalam 1-1 1/2 jam dengan api perlahan.
6. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendidih.
7. Biarkan reneh sehingga saderi  dan carrot lembut.
8. Tutup api dan masukkan tomato.
9. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Tekak tak ada selera nak makan nasi...akak masukkan bihun kedalam sup ni...jadilah bihun sup mamak...bubuh pulak sambal kicap...apa lagi menghirup sampai ke titisan terakhir...

6 ulasan:

  1. kak, awat amik sup mamak. sat lagi mamak datang marah cam na. ha ha ha. Sedap tu cecah ngan roti.

    BalasPadam
  2. salam gerau....sekali-sekali makan sup mamaklah pulak..tukar selera..mamak tak berani dtg jumpa akaklah..

    BalasPadam
  3. kak ina,
    saya dah cuba buat Pizza petang semalam.

    BalasPadam
  4. betul kak, gerau percaya mesti mamak takut datang umah akak sebab akak banyak hero untuk jadi bodyguard kan. he he he.

    BalasPadam
  5. salam ashley..nanti akak jenguk..pas ke tak pas..


    betul kata kamu tu..bodyguard dah kata..don't touch my mama..if you touch her..you will die..ahaksss..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...