OOO

Jumaat, September 18, 2009

Tart Nanas (Resepi Puan Norzailina)


Oleh sebab terliur tenguk kat blog mat gebu tart yang dia buat..akak pun trylah buat pagi ni..baru lepas siap masuk botol...banyak jugak dapat ...akak buat 2 kali ganda..dapat dalam 150 keping...akak tak rajin dan kreatif macam ah mat gebu tu..nama asal resepi ni tart kelopak...tapi .akak buat bunga biasa aje.jadi akak panggil biskut tart ajelah.....akak ambil resepi dari rumah puan norzailina di http://norzailina.blogspot.com..terima kasih ye puan kerna sudi berkongsi resepi dengan peminat setia novel beliau.


Bahan-bahan
  • 120 gm marjerin -akak gunakan mentega semuanya 250gm jadi kena tambah tepung sikit.
  • 120 gm mentega
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh vanila
  • 330-350 gm tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • * ayak

Bahan jem nenas


  • 450 gm parutan nenas – tapis
  • 1 camb jus limau nipis
  • 180 gm gula pasir
  • 1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:

1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.

4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas yang diletak di dalam tin 'patty' berlubang saiz sama.

5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.

6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

8. Untuk Jem: jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.


Kes jem tart dah habis..akak letaklah coklat chip..malas nak cairkan coklat..pasal tak banyak..adalah dalam 10 keping..kalau tak bubuh apa-apa..nanti tak ada orang nak makan.


Satu balang untuk akak punya...2 balang akak buat untuk kak long akak yang order..ni last order...jemu buat biskut ni..tapi apa nak buat..nak duit punya pasal..
post signature

7 ulasan:

  1. salam aidilfitri
    maaf zahir & batin

    ingatan tulus ikhlas
    tijah, carlos & cem

    BalasPadam
  2. salam aidil fitri buat kak ina sekeluarga...
    sedapnya kuih tat tuu...semenjak kawin tidak sempat2 nak buat kuih tat lagi....

    BalasPadam
  3. salam dr saya dgn ucapan selamat hari raya maaf zahir...nak tart tu sikit Ina...hehe

    BalasPadam
  4. Ucapan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi di Ramadhan yang akan datang..

    Selamat Hari Raya..

    Maaf Zahir dan Batin dari Kami sekeluarga..

    BalasPadam
  5. salam eid ul fitri..raya mana aunty? kalau kat sentul bole jalan raya nanti

    BalasPadam
  6. salam tijah..selamat hari raya aidilfitri jugak buat kamu..

    salam haslina..kamu tgh berbadan dua payahlah nak buat tart..beli ajelah ye..

    salam kak elle..selamat hari raya jugak kak..datanglah umah kalau nak rasa tat tu..

    BalasPadam
  7. salam kasawari..selamat hari raya jugak buat kamu sekeluarga..


    salam arsaili..auntie sibuk beraya kat kglah..rasanya kamu dah tak ada kat kay ell lagi kan..tak apalah lain kali kalau ada rezeki kita jumpa ek..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...