OOO

Jumaat, Oktober 30, 2009

Tak makan nasi..makan western lagi

Akak buat lagi masakan ala-ala western hari jumaat lepas..tapi kali ni gunakan ikan dorylah pulak...beli ikan ni kat giant...salad ni nak panggil apa ekkkk


Bahan-bahan
  •  200gm sayur campur (yang ada jagung, karot dan kacang hijau tu)
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar  jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-

 1.  Rebuskan sayur campur ikut arah kat plastik dia..akak rebus dalam 10 minit.

2.  Toskan dan biarkan sejuk sebentar.
3.  Gaul semua bahan hingga rata dan sebati. 
4.Sejukkan di dalam fridge 2 - 3 jam.


 SUP KIMBALL

Pastu panaskan ajer sos kimball....mula-mula ingatkan nak buat sendiri..dah ada dah resepi..tapi bila tenguk dalam peti sejuk stok ayam tak adalah pulak...beli ajer kat giant.

IKAN DORY BREADCRUMBS

 Ikan dory ni akak goreng pakai breadcrumbs..tapi tak guna oat macam  resepi chef ah mat gebu..akak minta halal c &p yer mat..

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri
  • 1 biji telur, dikacau sedikit
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • 3/4 cawan tepung beras*
  • 1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
  • 1 1/2 cawan quaker oat-tukar ke breadcrumbs yang warna kuning/oren
  • Minyak utk goreng trendam
PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan.(yang ni akak tak buat..sebab ikan dory tu dah siap untuk di gunakan.)
Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan kan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga rasa. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.


 SOS CENDAWAN/SOS LADA HITAM/GRAVY


Buat sos ni untuk di makan bersama ayam...akak c & p dari rumah Hana di Jepun.tapi kali ni tak letak cendawan sebab dalam sup kimball dah ada cendawan.
Bahan-bahan
  • 2 cawan stok ayam@daging - akak gune stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar
  • serbuk lada hitam-agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 2cm batang salery - cincang
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang - dihiris-tak letak
  • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh dengan air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
1.  Panaskan stok ayam, susu segar, bawang  dan  juga batang  salery. Didihkan.
2.  Kemudian  tapis. (kali ni akak tinggalkan bawang tu cuma buang daun salery ajer)didihkan semula..
3.  Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
4.  Akhir sekali masukkan bancuhan tepung  gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
5.  Boleh lah  dicurahkan ke atas ayam atau mashed potato.


     ROTI BAWANG PUTIH

Kemudian buat roti garlic...beli ajer roti perancis kat giant..potong-potong pastu bubuh 3 sudu makan mentega yang telah di letak 3 biji bawang putih di tumbuk dan sedikit  parsley kering.

9 ulasan:

  1. sedapnya akak
    nyum2 mneyelerakan

    BalasPadam
  2. Good morning Madam...dah kena speaking mat salleh le asyik dok pekena western kan...mengancam betoi!!!

    BalasPadam
  3. hamboi hamboi kak ina...kan main lgi jadi omputih, berderet2 resepinyer smpi tak larat nak ikut...tgk je lah smpi terliur....

    BalasPadam
  4. mak aiii...western habis ni!!!!

    BalasPadam
  5. ish ish rase lapar lah pulak sekarang ni ha,,,,,, hik hik

    BalasPadam
  6. terror betul kak ina masak western food...mcm2 ada...nak rasa laaa...

    BalasPadam
  7. salam hasni...memang sedap..anak-anak pun suker...cubalah ye..bukan susah pun nak membuatnya.


    good morning watie..apa nak buat..suami dan anak-anak sukerlah pulak..tu yang rajin nak membuatnya.


    salam cik bunga..alahai senang nak membuatnya..taklah renyah sangat..
    cubalah yer..

    salam ain..nasib baik tak cakap omputih masa letak resepi..kalau idak teruslah perasan duk kat negara omputih.

    BalasPadam
  8. salam cikgu zam..lapar??gi ajer ke kedai..macam-macam ada..


    salam leya..alahai msk simple mcm tu pun sedap ker..cubalah buat nanti tau..

    hai kenwooi..best arrr dpt makan western..you suker saya pun suker..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...