Semalam giliran adik lelaki akak yang duk kat shah alam pulak lawat abah..kat ccu tu tak leh reramai yang lawat..sebab tempat orang yang separuh kritikal...alhamdulliah abah dah pakai oksigen dah...dah boleh duduk kat wheel chair...dia dah bosan duduk kat situ..mana taknya..tak ada tv...makan kena jaga..taklah macam kat rumah...ashik nak makan masak lomak ...nak buat camner...orang melaka tak tinggal dengan masak lomak...
Sekarang ni abah tak leh operate dulu sebab ada masalah dalam darah...samada kena tinggal lama kat ijn ataupun bawak balik dulu...tenguklah apa keputusan ijn...
Yang geli hati tu...dia boleh kata tak ada orang lawat dia...padahal hari isnin akak dan suami, kak long dan suami, bapa mertua akak , kakak ipar dan biras gi melawat dia...abah akak ni dah ingat-ingat luper..sabor ajerlah melayan kerenah abah akak ni...
Oh yer sebelum terluper...ada berita gembira ....bapa mertua, kakak ipar dan biras dapat gi haji tahun ni..alhamdulliah terkabul jugak niat fil nak gi sana...al maklumlah umur dah 80 tahun...yang lecehnya tu mula-mula tabung haji pisahkan fil akak dengan anak perempuan dia..tak ke haru di buatnya...dah fil akak tak pernah naik kapal terbang dan berjalan jauh camtu...kakak ipar gi merayu..
.alhamdulliah akhirnya dapatlah pergi sama...patutnya kami join sekali...tapi akak dan hb baru register haji tahun lepas sama dengan fil..takleh nak kata aper ....sape suruh daftar lambat...kakak ipar dan suami daftar dah lama dah...insyallah mereka semua bertolak ke sana dari kompleks haji kelana jaya...kami cadang nak kumpul kat sana dalam pukul 12.00 tengahmalam...pasal mereka lapur diri pukul 3.00 pagi hari isnin dan bertolak pulak pukul 7.00 pagi...wah berkampung semalamanlah kami di sana nanti..
Sorrylah membebellah pulak...
Akak masak lagi cara omputih ..kali ni akak buat kambing bakar dalam oven pulak..beli kat giant..kebetulan tengah murah...akak puas cari bahan perap hari tu...tapi tak adalah pulak kat giant..semalam gi ke cold storage wangsa walk adalah pulak...
akak terpaksalah guna bahan perap ni...oker jugak rasa dia...tapi kan tak sesedap master food punya..
Bahan-bahan
- 12 keping kepingan bahu daging kambing (beli dalam 2 peket)-nak tukar ayam pun boleh.
- 1/2 botol sos hunt
- 1-2 sudu kecil daun rosemary kering
- 3 biji ubi kentang-setiap satu biji dipotong 6
- 1-2 sudu makan minyak zaitun-minyak yang lain boleh jugak
Cara-cara
1. Basuh bersih kepingan kambing dan toskan.
2. Perapkan dengan sos, daun rosemary, minyak zaitun dan ubi kentang sekurang-kurangnya 2 jam.
3. Masukkan semua dalam aluminum foil termasuk ubi kentang... Lepas tu lipat 2 dan ...kelepet tepi af tu elok-elok tau...pastu cucuk-cucukkan aluminium foil dengan garpu (nak keluarkan wap)dan biarkan masak dalam oven guna api atas/bawah dalam masa 45 minit-1 jam.....
4. Setelah cukup masa bukak lapisan atas aluminum dan sapukan lagi sos hunt dan bakar pulak guna api atas dalam 7-10 minit (kena tunggu tau..takut jadi arang nanti)....akak suker bila daging kambing tu kehitaman sedikit.
5. Hidangkan panas-panas...
****ira yang makan paling banyak..kesiannya akak tenguk..duduk asramalah katakan.
Shepard pie lagi...ira dan russhdi tak rasa lagi ni..terpaksalah mak dia merajinkan diri...al maklumlah baru balik dari asrama kalau nak resepi rujuk balik N3 yang lepas yer
sos lada hitam..rujuk ajer kat resepi yang lalu..label masakan western yer
pun rujuk kat resepi yang lepas
pastu macam biasa sup cambell's yang ada ubi kentang--anak-anak tak suker..suami akak pulak suker...ishhh
goreng pulak ubi kentang..puas rasa hati bila russhdi dan athirah dapat makan masakan akak stail omputih ni..
Harap2 abah akak ok & stabil. FIL ai pon x boleh nk operate lagi sbb badan lemah. Doc tak brani amik risiko.
BalasPadamKak....menu kau ni kak! adoiiiiii!!!
nanges aku!
waduh waduh.. mcm makan kat hotel gayanya nih! yummyyy
BalasPadamabah k.ina sakit ape? (sori x mengikuti perkembangan). pape pun, semoga beliau cepat sembuh :)
mudahan ayah kak ina cepat2 sembuh.
BalasPadamakak..terliur lak tgh menu western akak nie..
salam kak ina...
BalasPadamyang tak lapor pun jadik lapar nengoknyer .huhuhuhu..cedapnyer kak.......
abah akk org melaka ke kak?
BalasPadamhope dia cepat sembuh dan sentiasa berada dlm keadaan stabil.
sedap masakan akk. aritu niza try resepi akk, karipap kentang. mmg menjadi cuma kulit karipap niza terlembik skit cos terlebih air. mlm ni nak cuba laksa akk lak. esok asam ikan tenggiri :)
Semoga abah ina beransur pulih...dan yang akan berangkat menunaikan haji...semoga mendapat haji yang mabrur...selamat pergi dan selamat kembali...
BalasPadamMenu western tu memang menggoda....
wah kak ina..tersgt westernyer ni...huh...kambeng..my peberet ni kak..peberet masa ngadung ni...alaaaaaa...terasa-rasa lak kt tekak ni....
BalasPadamWish Ur dad gets well soon ye kak!..
BalasPadamWow, tgk menu2 akak nih buat Love nak makan lagik haaa! ;)
amboi akak...memang masakan omputihlah ni...nampak sedap dan menyelerakan...
BalasPadamoo.. sakit jantung. biasa la tu kak, bila dah berumur ni, mcm2 penyakit datang. kita sok tak tau penyakit apa pulak nak hinggap. saya doakan yg terbaik utk abah akak :)
BalasPadamrestoran vietnam tu kat the curve k.ina. ground floor. tanah runtuh kat rawang? hehe.. tak tau lak. (ni kes tak tgk berita kat tv la ni). saya duduk bangi, keje kat bangi. kat rawang tu rumah parents
Watie kan Kak Ina....kalau jadi biru mata hitam ku pun nak..asal dapat makan apa yang Akak masak ni selalu!!! Taste Watielah menu akak ni!!!
BalasPadam