OOO

Khamis, November 12, 2009

Kodok Roti

 
Kodok roti (jemput-jemput)  buat minggu lepas...first time akak buat tau..selama ni buat kodok (akak panggil kodok-tapi bukan katak ek) biasa ajer...tapi kan...anak tak sukerlah pulak..puas akak menghabiskan...resepi asal dari Zurynee@Resepi.net. tapi akak ambil dari rumah ummi di kuantan.  Akak cicah dengan cili sos ajer..

Bahan:-
  • 7 - 8 keping roti dicarik-carik kecil.
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 2/3 cawan air
  • 2 biji telor 
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • sedikit daun kucai - kerat 1 inci-tak letak..ganti dengan daun sup
  • 1 tangkai cili merah - racik halus (*ni ummi tambah)-akak bubuh cili kisar-sebab tak ada stok
  • minyak untuk menggoreng 
Cara-cara
  1. Roti yang telah dicarik tersebut direndam dalam air seketika dan biar ia menyerap air. Pastikan kesemua roti dibasahi air.
  2. Masukkan telor dan kacau adunan dengan garfu.
  3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati seperti adunan jemput. (jika adunan terlalu kering, tambahkan sedikit lagi air pada satu-satu masa dan sebaliknya jika adunan terlalu berair, tambahkan tepung jagung sedikit2 lagi).
  4. Masukkan daun kucai dan bawang yang didadu. Adun rata.
  5. Goreng di dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
  6. Hidangkan bersama sos cili.

10 ulasan:

  1. Salam kak Ina..
    nama resipi tu ngncam le....
    Tak penah deeja try guna roti camtu tapi kalo guna biskut jacob atau meri penah le..leh cuba wat ni

    BalasPadam
  2. pernah nmpak gak kat ummah kak ummi. gtee sedap kan..??? nak try la nanti!

    BalasPadam
  3. ajak sy makanlah.. sy tolak batu kayu ajer:)

    BalasPadam
  4. Akak tak pernah buat lagik kodok roti ni...selalu buat kodok bilis campur kentang...

    BalasPadam
  5. salam deeja..cuba jangan tak cuber..tapi kan akak tak pernah lagi buat kodok guna biskut jacob atau marielah..buat dan showlah kat blog.

    salam ain..bila gi umah ummi tu memang enak-enak makanan kat situ.


    salam sheila..jauhlah nak ajak kamu ni..cubalah buat sendiri yer..

    salam aNIe..cubalah buat..sedap gak rasa dia.

    BalasPadam
  6. wah.. meanrik dan simplenyer..
    nak try ahh..

    ni yg saya suka ngan blog akak nih.. resepi details, jelas dan menyelerakan.. hiihi

    BalasPadam
  7. salam,kak ina jom join contest! ;)

    http://kedaigambarkami.blogspot.com

    BalasPadam
  8. resepi menarik ni...
    roti pun blh buat jemput2 ...

    BalasPadam
  9. salam tiny..taknak panggil kakaklah..muda belia lagi..tqlah bagi kata-kata camtu..cubalah ek..

    salam suzi..cuba jangan tak cuba..

    BalasPadam
  10. salam catlina..insyallah nanti akak gi tenguk ek...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...