OOO

Isnin, November 30, 2009

Masak aper untuk hari raya aidil adha..????

 Memang kalau buat rendang akak gunakan resepi dari mak akak...campur rempah-rempah yang di sangai...nak masak rendang bukan susah...yang leceh bila dah nak pekat...selalu hangus kalau tak kacau selalu...tu sebabnya akak suker pakai kuali tak melekat....tapi kalau guna kuali camtu tak leh masak banyak..cukup 1kg daging ajer....mana ada kuali tak melekat yang besar sampai muat 5 kg daging..tak pernah jumpalah pulak..

  Bahan-bahan
  • 1kg daging lembu
  • 3 sd makan jintan manis*
  • 3 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan putih*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • 20-30 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 3 biji buat keras*
  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang kecil
  • 6 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 7 batang serai-5 kisar- 2 titik hujung
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 800gm santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • 2 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan daging dan potong kecil ataupun saiz nak buat rendang..jangan tipis sangat..nanti hancur.
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 5 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula daging.  
6.  Kacau dan masukkan santan pekat ..tak yah masuk air sebab daging akan keluarkan air.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan kerisik.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering. (akak tak suker kering sangat...suker basah-basah sikit)
10. Bolehlah di dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi impit atau lemang...

2 ulasan:

  1. salam kak ina
    kalau rendang minang kak ina
    air daging dah keluar pastu sampai dah kering air tuh baru masukkan buah keras yang di blender pastu angkat daging tuh
    pastu masakkan santan dalam kancah tuh dah mengelegak santan tuh baru masukan daging yang dah kecut tuh.....

    rempah kisar tuh dah dekat dah dengan rendang minang nyer rempah tapi kitaorang selalu import dari kampung jerk.....

    BalasPadam
  2. OOh...jadi yang kuahnya ditumis tu kuah lodeh Singapore ke? Sebab anie kalau buat kuah lodeh...main lebuh je masuk periuk tu..tak tumis pun...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...