OOO

Selasa, November 17, 2009

Percubaan Pertama Kek Lapis Ais Krim Soda

 
taklah selawa mat gebu punyer..yang penting habis di makan
Beli gi ke blog adik-adik yang rajin lapis melapis ni........uikkk tercabarlah pulak..al maklumlah dah baya camni pun tak berani mencuba buat kek lapis..selalunya beli ajer...akak cari resepi yang paling senang...sebab pertamakali buat...takut tak jadi..
Bila ira balik hari jumaat...malam tu akak pun berkobar-kobar nak membuatnya....aduhai memang menguji kesabaran bila nak melapis satu lapisan ke satu lapisan...
Tapi bila dah siap..terhibur rasa hati sebab anak-anak kata "mak sedaplah" ..lepas ni kenalah merajinkan diri melapis kek ni...resepi asal dari rumah ROZZAN tapi akak c & p dari umah MAT GEBU. Terima kasih yer...

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega-akak guna golden churn
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 6 biji telur gred A
  • 220 g susu pekat manis
  • 100 g horlicks
  • 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
  • 1 camca teh pewarna biru
  • 50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)-akak belasah yang ada kat umah
  • 1 camca teh esen raspberry (akak  tak letak pun)
  • 1 camca teh pewarna merah jambu
  • 160 g tepung Hong Kong

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna biru, kacau rata. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna merah jambu, kacau rata dan 1 bahagian pada warna asal (plain).
  5. Sudukan 3 1/2 camca besar (akak buat 4 camca besar)adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit). Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). Buat kaedah sama untuk lapisan merah jambu dan seterusnya hingga kek siap.
 
buat lagi untuk sarapan pagi..kali ni gunakan breadcrumbs putih..dan tak guna slice cheese..sedap jugak

6 ulasan:

  1. percubaan pertama yg mengujakan!!! cantik hasilnyaaa!!!!

    BalasPadam
  2. Percubaan pertama dah cantik cam ni. Nanti percubaan seterusnya mesti lagi debomb!

    BalasPadam
  3. salam kak hai pecubaan petama dah bahgus tu menjadi lawanya lapisan halus2 je..bebaloi baloi

    BalasPadam
  4. ina..kek tu macam menarik je...rasa nak cuba...akak ni tak pernah buat kek lapis lagik....

    BalasPadam
  5. salam ain..cantik ker..alhamdulliah ada org puji cantik..shy-shy cat ni..



    salam mamafami...tak tahulah nak kata..lepas ni oker atau pun idak?


    salam sheila..lawa ker..lapisan senget benget..tak kisahlah..janji sodap..

    salam aNIe..cubalah ..bahan tak berapa banyak pun..sedap pulak tu..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...