OOO

Isnin, November 02, 2009

Sambal Kering Ikan Bilis dan Tempe


Selalu jugak masak sambal macam ni...anak-anak panggil sambal goreng....selalu masak bila akak masak sup...dah pernah tepek resepi..tapi dah lama dah...akak masukkan petai yang tak habis...sebab sayang nak buang...


Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 keping tempe daun-dipotong kecil-kecil
  • 6 sudu makan cili kisar
  • 1/4 camca teh jus asam jawa(bergantung kepada kemasaman)
  • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • sedikit belacan
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara

1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil dan bawang putih bersama belacan.
2. Goreng tempe dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing..baru masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
4. Setelah itu masukkan pula cili kisar,perlahankan api dan biarkan cili masak dan kacau selalu.

5. Masukkan garam dan jus asam jawa dan biarkan cili kering sedikit.
6. Masukkan pula ikan bilis dan tempe yang telah digoreng.
7. Kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti kering sedikit.

8. Setelah agak kering ...rasa dulu dan barulah dipadamkan api.
Kalau buat sup sayur pun sedap makan dengan sambal ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...