OOO

Jumaat, Januari 01, 2010

Kambing Bakar/Panggang


berasap lagi..baru keluar dari oven..suruh ira tangkap..akak bakar dalam bekas pyrex..beli kat langkawi

 Lama tak layan masakan omputih ni..akak beli daging kambing ni kat giant...dah serik dah nak beli kat Pasar Tani...sakit hati sebab liat macam getah sekerap....dah lah mahal...beli kat giant ...alhamdulliah puas hati..lembut...taklah tercabut gigi palsu...(saper yang pakai gigi palsu lah..akak tak ek..gigi original)

Bila akak guna sos Master Food ni ada yang kata benda ni campur dengan benda non halal kat C4...akak dah risau dah...tapi bila akak baca balik  bahan dia rasanya tak ada pulak benda yang tak boleh makan..dan bila tanya dengan member lain pun kata rasanya tak ada pulak campur benda lain....bila akak gi ke Cold Storage dan Giant tak pulak akak nampak sos ni kat benda non halal...di letakkan bersama deretan sos yang lain....tak apalah...akak yakin ia halal..sape yang tak yakin jangan gunalah yer...
 Bahan-bahan
  • 12 keping daging kambing-shoulder(kalau tak makan kambing tukar ajer ke daging lembu ataupun ayam)
  • 1/2 botol sos Master Foods-ikut sukerlah kalau nak banyak pun boleh
Bahan sampingan
  • 3 biji kentang-dipotong 8-kalau nak tambah pun boleh
  • 1/2 tin kacang panggang-jika suker 
Cara-cara
  • Basuh kepingan daging kambing dan toskan.
  • Lumur dengan satu persatu dengan Sos Master Foods.  Perap 2-4 jam (lebih lama lagi sedap..kalau semalaman lagi kick)
  • Setelah cukup masa...panaskan oven 200-220 C dan masukkan kepingan kambing dalam
  • bekas.  Bakar dalam 45-1 jam (bergantung pada oven masing-masing).
  • Goreng ubi kentang tadi dan masukkan sekali bersama kepingan kambing tadi.
  • Balik-balikkan daging kambing..kalau nak bakar atas redai (jaring) pun boleh..tapi alas dengan kertas aluminum.
  • Lagi 10 minit nak masak boleh di tuangkan kacang panggang dalam tin.
  • Setelah masak jika suker...gunakan api atas sajer dan bakar kejap dalam 5-10 minit..nak bagi daging hitam-hitam sikit.
  • Hidangkan panas-panas bersama sos lada hitam.  Kalau malas nak buat...makan ajer dengan cili sos.  
  •   baru jelas sikit...
 Sos Lada Hitam



Bahan-bahan

  • 20gm butter
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 biji bawang putih-cincang halus
  • 6 biji cendawan dalam tin (hiris
  • 1 biji bawang holland/besar
  • 3-4 sudu makan lada hitam biji (kisar/tumbuk kasar)
  • 1 cawan air stok ayam-serbuk pati ayam + campur air)
  • 2 sudu besar tomato
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2-3 sudu makan susu cair
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara

  1. Panaskan butter.  Tumiskan bawang putih dan bawang holland/besar hingga naik bau.
  2. Masukkan cendawan butang dan kacau lagi.
  3. Masukkan pula tepung gandum dan kacau cepat dan masukkan air stok ayam. Kacau supaya kuah tak bergentel.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan lada hitam, tomato, kicap pekat dan sos tiram.
  5. Biarkan sos agak pekat baru masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan susu cair dan kacau sebentar..adjustlah rasanya..pastu tutup api.



Goreng potongan kentang..

Panaskan sup cambell's


 Bahan-bahan

  • 1 biji kobis kecil - racik halus
  • 1 batang karot - racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sb. air sejuk
  • 1 sk. serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-

  1. Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

    8 ulasan:

    1. salam..ina.nampak sedap je..saya memang suka makan yang panggang2 ni..cuma daging kambing tak bolih nak makan..ramai orang kata sedap..agak2 gantikan ngan ayam bolih tak...

      BalasPadam
    2. Ina...ni menu tahun baru ke? Anie kalau beli shoulder lamb tu...jadi tugas anak dara tu lah yang buat segalanya..tau2 dah siap je...

      BalasPadam
    3. achik, hantar sini leh x?
      laparrr..:)

      BalasPadam
    4. Terimakasih saya salin resepi terbaru,selalu mkn kat kedai je...tak pandai nak buat sos...nanti bolehlAH MMJ cuba.Nanti nak explore lagi blog ni..belum sign in lagi.Terus menulis.Dtglah blog mmj.tk

      BalasPadam
    5. Hello Kak Ina, Happy New Year and all the very best for 2010.
      Regret saya ta makan kambing, ha ha.
      But looks nice. I guess you ada black belt in cooking, ha ha.
      You stay young, keep well and have a great new year, Lee.

      BalasPadam
    6. sedapnya..zaila suka makan western food..kalau nak harapkan hubby belanja makan kat restoran jangan haraplah, sebab tu dia suka zaila buat sendiri aje, lagi puas hati katanya;-)

      BalasPadam
    7. salam erna..boleh jugak di ganti dengan ayam ataupun daging..cuberlah yer..


      salam aNIe,,,untung ada anak dara yang rajin mcm anak kamu...pandai mak dia ek ajar anak dara masak memasak..



      salam amanina..jauhlah nak hantar..cuber balik perak suruh mak masak ek..


      salam mamaju..terima kasih sudi singgah...dan terima kasih sudi link akak..jemputlah datang selalu ek..



      hai uncle lee..tq for your wish..aiyooo mana ada black belt in cooking...i try and error ajer...still young...no lah ..i boleh jadi nenek when my son gatal want to marry...ha..ha..ha..


      salam zaila..ala kalau hb tak nak belanja kamu gilah makan seorang-seorang..tak pun buat ajer sendiri ek..

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...