OOO

Rabu, Disember 02, 2009

Kek Lapis Ais Krim Soda (design kek lapis dwi berry)



Entah kenapa angin R dah datang sebab rajin sangat nak melapis sekarang ni....sebab anak-anak suker makan....akak seronok tenguk bila buat ajer anak-anak makan sampai licin....kali ni akak ulang balik buat kek lapis ni...dan akak gandakan 1/2 lagi adunan sebab nak dapatkan kek yang besar...akak dah cuba guna mentega jenama anchor tapi tak sesedap dan seharum golden churn...jomlah kita melapis lagi ek..kali ni akak campurkan pula cream cheese kat adunan plain dan akak warnakan pulak warna merah...untuk lapisan ke 3 akak ikut design kek lapis choc berry...sajer ajer nak buat camtu...suker pulak tenguk colour-colour camtu..
 BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega-akak guna golden churn
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 6 biji telur gred A
  • 220 g susu pekat manis
  • 100 g horlicks
  • 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
  • 1 camca teh pewarna biru
  • 50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)-akak belasah yang ada kat umah
  • 1 camca teh esen raspberry (akak  tak letak pun)
  • 1 camca teh pewarna merah jambu
  • 1 camca teh pewarna hijau muda/esen pandan (gunakan  ajer pewarna yang ada kat rumah)
  • 160 g tepung Hong Kong 
  • 50gm cream cheese (suhu bilik)-pukul sebentar sampai cream cheese lembut
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna  hijau muda/esen pandan, kacau rata. 
  5. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna biru, kacau rata dan 1 bahagian lagi pada warna merah dan cream cheese.(warna merah dan warna hijau masukkan dalam aising beg)
  6. Sudukan  3 1/2  camca besar adunan warna biru(ada jem rasberry), ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit)..(bergantung kepada suhu oven masing-masing)
  7. Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru lagi (3 lapisan), ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit)
  8. Utk lapisan ke 3 hingga ke 8, picitkanlah adunan hijau muda(esen soda)merah (yang ada cream cheese) berselang seli, menyerong (diagonally). Setelah itu bakar lagi warna biru 3 lapisan.
  9. Kemudian bakar guna api atas bawah  dan bakar sekejap dalam 5 minit.
  10. Bila sejuk bolehlah di potong..nak makan kek lapis ira kata kena potong nipis-nipis..barulah sedap...
 

13 ulasan:

  1. Yummy!

    I will try your recipe when I'm free :)

    Pass by from Innit! Have a nice day! :)

    BalasPadam
  2. salam kak ina kl
    tepung hong kong tuh tepung aper ekk
    ada member opis dia dok layan blog akak tapi suh saya tanya kan plak
    :):):)

    BalasPadam
  3. akaaakkk! buat E-na geram tau! dok tayang kek lapis evry week ni buat hati e-na meronta-ronta nak melapis jugak tapi bahan x cukup kak...ovallete xde, cam nak terbang je balik mesia beli ovallete..hu huuu

    BalasPadam
  4. salam kak ina...

    wah...makin rajin kak ina melapis ye...kalau kita suka buat sesuatu, rajin tu datang dengan sendirikan...walaupun melapis tu agak remeh sikit tapi rasa seronok bila berjaya membuatnya.anyway kek akak tu dah makin cantik...

    BalasPadam
  5. Wah Kak Ina rajinnnya & Cantiknya kek lapis Akak....bila lah nak mendapat kerajinan yang sedemikian!!!

    BalasPadam
  6. hasni pernah try wat kek lapis sampai lenguh tulang
    tp xjadi
    sedey btl
    xto dmana silapnya
    pahni
    bolehla berguru dengan kak ina ni
    bolehkan kak;-)

    BalasPadam
  7. Hello Kak Ina, I love this cake. I am amazed at how you can do the layers, one of the slimmest I have ever seen.
    Ada lagi? Or maybe your gang da masuk perut, ha ha.
    Have fun and keep well, Lee.

    BalasPadam
  8. hai baby mocha...tq ...if you want to try..trylah..memang sedap maaa...



    salam daydeck86..lai kalau suruh ajer dia tanya dgn akak..(chewah mcm dah prolah pulak)..beli ajer kat kedai bakeri..


    salam hazlin..bukan rajin..tapi nak habiskan masa sambil melapis sambil tenguk tv..

    BalasPadam
  9. salam E-na Zarian...sabooo ..suruh ajerlah family kamu hantar barang tu semua..nak terbang balik tak berbaloilah pulak rasanya..sabo ekk


    salam ima...akak suker buat sebab kek tu dah jadi favourite anak-anak akak terutama athirah dan russhdi..dua-dua duduk asrama..bila buat mereka suker..akak pun merajinkan diri..


    salam watei..kamu lagi rajin dari akak sebab kamu dah ambil tempahan..akak tak rajin nak ambil sebab tak yakin lagi..


    salam hasni..nanti cuber buat resepi ni..insyallah jadi..

    hai uncle..tq because you puji saya..alahai shy-shy catlah..for surelah finish already..semua masuk perut maaaa

    BalasPadam
  10. KakIna...Love dah bawak pinggan nih! Nak tapau...ada lagi ker kak??? huhu...sedapnya!!! ;)

    BalasPadam
  11. hai love..finish alreadylah..kamu datang lambat sangat..

    BalasPadam
  12. ni yg bwk time event gatsby ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...